Rombak atau ulang lagu dalam Apple Music pada Windows
Anda boleh merombak semua lagu dan album dalam pustaka anda (memainkannya dalam tertib rawak) atau hanya merombak senarai main atau album. Anda juga boleh mengulang lagu, senarai main atau album individu.
Dalam app Apple Music pada komputer Windows anda, mainkan muzik daripada pustaka anda atau strim muzik daripada Apple Music.
Nota: Lagu perlu dimainkan sebelum anda boleh menggunakan rombak atau ulang.
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Aktifkan rombak: Pilih butang Rombak dalam kawalan main balik.
Apabila rombak aktif, butang bertukar warna dan muzik dimainkan dalam tertib rawak.
Ulangi semua lagu dalam paparan semasa (contohnya, senarai main): Pilih butang Ulang . Ulang aktif apabila butang bertukar warna.
Ulangi lagu yang sedang dimainkan: Pilih butang Ulang sehingga nombor 1 kelihatan .
Nyahaktifkan ulang. Pilih butang Ulang sehingga butang menjadi kelabu .
Petua: Untuk merombak lagu dalam album atau senarai main dengan cepat, pilih album atau senarai main, kemudian pilih Rombak .