Pengenalan kepada iTunes Store dalam Apple Music pada Windows
iTunes Store ialah kedai muzik nombor satu dunia, dengan jutaan lagu, album, video muzik dan banyak lagi untuk dibeli.
Untuk melawat kedai, pilih iTunes Store dalam bar sisi. Jika anda tidak melihatnya di sana, pilih di bahagian atas bar sisi, pilih Seting, pilih Umum, pilih bersebelahan Rancangan, kemudian pastikan iTunes Store dipilih.
Muzik yang anda beli atau muat turun daripada iTunes Store ditambah serta-merta ke pustaka muzik anda. Anda juga boleh menyediakan muat turun automatik agar muzik yang anda muat turun daripada kedai dimuat turun ke semua komputer dan peranti anda, bukan hanya yang anda gunakan untuk mendapatkan muzik.
Perkara yang anda perlukan
Sambungan Internet (DSL, kabel, atau LAN) disyorkan.
Jika anda tidak menemui apa yang anda cari dalam iTunes Store, ia mungkin tidak tersedia. Untuk menyerahkan permintaan ke iTunes Store, pergi ke Tapak web Permintaan iTunes Store.
Penting: Semua jualan adalah muktamad. Akaun anda dicaj apabila anda memilih butang Beli.
iTunes Store mungkin tidak tersedia di semua negara atau rantau dan kandungan iTunes Store mungkin berbeza-beza mengikut negara atau rantau.
Hak penggunaan untuk pembelian iTunes Store
Semua lagu yang ditawarkan oleh iTunes Store kini tersedia tanpa perlindungan Pengurusan Hak Digital (DRM). Lagu bebas DRM ini, dipanggil iTunes Plus, tidak mempunyai pengehadan penggunaan dan menampilkan pengekodan AAC (Pengekodan Audio Lanjutan) 256 kbps berkualiti tinggi.
Jika anda membeli kandungan daripada iTunes Store yang dilindungi oleh DRM sebelum ini, pembelian dilindungi ini boleh:
Dimainkan pada sehingga lima komputer yang dibenarkan
Diselaraskan dengan iPhone, iPad, atau iPod anda
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara iTunes Store melindungi maklumat anda dan membolehkan anda memilih perkara yang anda kongsi, pilih di bahagian atas bar sisi, pilih Seting, kemudian pilih Perihal iTunes Store & Privasi di bahagian bawah tetingkap Seting.