Sesuaikan tetingkap Apple Music pada Windows
Anda boleh menyesuaikan cara anda melihat dan memainkan kandungan Apple Music anda.
Tunjukkan tetingkap Apple Music dalam paparan skrin penuh
Untuk masuk paparan skrin penuh dalam app Apple Music pada komputer Windows anda, pilih di penjuru kanan atas tetingkap Apple Music.
Untuk keluar daripada paparan skrin penuh, pilih di bahagian penjuru kanan atas tetingkap Apple Music.
Tambah item ke bar sisi Pustaka
Anda boleh menyesuaikan bar sisi Pustaka dalam Apple Music. Sebagai contoh, anda mungkin mahu memaparkan bahagian Dibuat untuk Anda pada pustaka anda.
Dalam app Apple Music pada komputer Windows anda, pilih butang Lagi bersebelahan Pustaka, kemudian pilih Edit Bar Sisi Pustaka.
Aktifkan mana-mana item yang anda mahu paparkan dalam bar sisi; nyahaktifkan item yang anda tidak mahu paparkan.
Pilih di luar tetingkap pilihan untuk meneruskan.