![](https://help.apple.com/assets/65BAA1DAEA4DE6CF17070043/65BAA1DA2AAF7868BB0FC0BE/ms_MY/1ff99fe65d5c4a3c725d661382080600.png)
Cipta senarai keinginan dalam Apple Music pada Windows
Anda boleh mencipta senarai keinginan item yang anda mahu beli daripada iTunes Store kemudian. Akaun anda tidak dicaj sehingga anda telah membeli item.
Senarai keinginan anda hanya tersedia kepada anda.
Cipta senarai keinginan atau tambah item padanya
Dalam app Apple Music
pada komputer Windows anda, cari dalam iTunes Store. Lihat Cari dalam iTunes Store.
Hasil carian anda kelihatan dalam tetingkap Apple Music.
Untuk mempratonton item sebelum menambahnya ke senarai keinginan anda, pilih item, kemudian pilih butang Pratonton
.
Untuk menambah item ke senarai keinginan anda, pilih anak panah bersebelahan harga, pilih Tambah ke Senarai Keinginan daripada menu timbul, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Lihat, beli atau keluarkan item daripada senarai keinginan anda
Dalam app Apple Music
pada komputer Windows anda, pilih nama anda di bahagian bawah bar sisi, kemudian pilih Senarai Keinginan.
Lakukan mana-mana yang berikut:
Beli item pada senarai keinginan anda: Pilih harga bersebelahan item yang anda mahu beli.
Untuk memastikan lagu yang anda mahukan, anda boleh mendengar pratonton (bahagian lagu sepanjang 30 atau 90 saat)—pilih item, kemudian pilih butang Pratonton lagu
.
Keluarkan item daripada senarai keinginan anda: Pilih item, kemudian pilih butang Padam
.
Halaman Senarai Keinginan juga menyenaraikan semua item yang anda pratonton dalam iTunes Store atau menggunakan Siri pada iPhone, iPad, atau iPod touch anda.