Keluarkan atau nyahaktifkan akaun e-mel buat sementara waktu dalam Mail pada Mac
Dalam Mail, anda boleh mengeluarkan akaun e-mel atau menyahaktifkan akaun e-mel buat sementara waktu.
Keluarkan akaun e-mel
Apabila anda mengeluarkan akaun e-mel, mesej akaun dikeluarkan daripada Mac anda. Salinan mesej kekal pada pelayan mel akaun dan masih tersedia (dari mel web, sebagai contoh).
Penting: Jika anda tidak pasti sama ada mesej yang anda ingin simpan masih berada pada pelayan mel, alih atau salin mesej ke dalam peti mel yang disimpan pada Mac anda (peti mel muncul dalam bahagian Pada Mac Saya dalam bar sisi Mail) sebelum anda mengeluarkan akaun dalam Mail.
Pergi ke app Mail pada Mac anda.
Pilih Mail > Seting, kemudian klik Akaun.
Pilih akaun, kemudian klik .
Nota: Jika akaun digunakan oleh app lain pada Mac, anda diminta untuk mengeluarkan akaun dalam seting Akaun Internet. Buka Seting Sistem > Akaun Internet, pilih akaun dan nyahaktifkan Mail.
Nyahaktifkan akaun e-mel buat sementara waktu
Pergi ke app Mail pada Mac anda.
Pilih Mail > Seting, kemudian klik Akaun.
Pilih akaun yang anda mahu berhenti gunakan, kemudian nyahpilih kotak semak “Dayakan akaun ini”.
Apabila anda telah bersedia untuk mula menggunakan akaun sekali lagi, hanya pilih kotak semak “Dayakan akaun ini”.