Keluarkan akaun e-mel dalam Mail pada Mac
Anda boleh mengeluarkan akaun e-mel daripada app Mail pada Mac anda pada bila-bila masa. Apabila anda berbuat demikian, mesej e-mel akaun dikeluarkan daripada Mac anda. Salinan mesej kekal pada pelayan mel akaun dan masih tersedia (dari mel web, sebagai contoh).
Penting: Jika anda tidak pasti sama ada mesej yang anda ingin simpan masih berada pada pelayan mel, alih atau salin mesej ke dalam peti mel yang disimpan pada Mac anda (peti mel muncul dalam bahagian Pada Mac Saya dalam bar sisi Mail) sebelum anda mengeluarkan akaun dalam Mail.
Dalam app Mail pada Mac anda, pilih Mail > Keutamaan, kemudian klik Akaun.
Pilih akaun, kemudian klik butang Keluarkan .
Nota: Jika akaun digunakan oleh app lain pada Mac, anda diminta untuk mengeluarkan akaun dalam Keutamaan Sistem Akaun Internet. Klik butang untuk membuka Akaun Internet, kemudian nyahpilih kotak semak Mail untuk akaun itu. Untuk berhenti menggunakan akaun dalam semua app, pastikan akaun dipilih, kemudian klik butang Keluarkan .