Apa yang baharu dalam Mail pada Mac?
App Mail dakan macOS Monterey menawarkan ciri baharu untuk menghantar, menerima dan melihat mesej e-mel.
Apabila membuka Mail buat kali pertama, anda boleh memilih untuk mendayakan Lindungi Aktiviti Mail untuk menghalang pengirim daripada menggunakan mesej untuk mengetahui alamat IP anda dan tentang aktiviti anda dalam Mail. Lihat Gunakan Perlindungan Privasi Mail.
App yang anda muat turun daripada App Store boleh menyertakan sambungan Mail yang membantu anda menghantar dan menerima mesej. Lihat Uruskan sambungan Mail.
Pintasan papan kekunci untuk menunjukkan dan menyembunyikan bar sisi Mail kini ialah Control-Command-S. Lihat Gunakan bar sisi dalam Mail.
Jika anda melanggan iCloud+, Sembunyikan E-mel Saya membolehkan anda menghantar dan menerima mesej tanpa perlu berkongsi alamat e-mel sebenar anda. Lihat Gunakan Sembunyikan E-mel Saya.