

Bermula dengan Mail
Sediakan Mail dan mula menghantar, menerima dan mengurus semua akaun e-mel anda daripada satu app.

Kurangkan hingar
Pastikan peti masuk dan perhatian anda kekal fokus dengan menyekat e-mel daripada orang atau kumpulan tertentu.

Isih e-mel secara automatik
Gunakan Peti Mel Pintar untuk mengisih e-mel semasa anda menerimanya.

Cari perkataan yang sesuai
Dengan Apple Intelligence, anda boleh menggunakan Alat Menulis untuk meringkaskan teks dipilih dengan satu klik, membaca pruf kerja anda dan mencari pengungkapan dan nada yang betul.
Untuk melayari Panduan Pengguna Mail, klik Senarai Kandungan di bahagian atas halaman, atau masukkan perkataan atau frasa dalam medan carian.
Jika anda memerlukan lebih banyak bantuan, lawati tapak web Sokongan Mail.