
Bermula dengan Mail pada Mac
Dengan app Mail , hantar, terima dan susun mesej daripada semua akaun e-mel anda di satu tempat.

Tambah akaun e-mel
Sebelum anda boleh menghantar e-mel, anda perlu menambah akaun e-mel anda—seperti iCloud, Exchange atau Gmail (Google). Untuk menambah akaun anda, pilih Mail > Tambah Akaun, masukkan alamat e-mel anda dan ikut arahan.

Hantar e-mel
Klik untuk memulakan e-mel baharu. Tambahkan penerima, subjek dan teks anda; kemudian klik
.

Hantar foto dan fail
Anda boleh menyertakan foto, dokumen dan banyak lagi apabila anda menulis mesej. Klik , pilih Lampirkan Fail atau Foto, kemudian cari dan pilih item yang anda mahu hantar.

Balas e-mel
Pilih e-mel dalam senarai mesej. Gerakkan penuding ke atas pengepala mesej, kemudian klik untuk membalas hanya kepada pengirim atau
untuk membalas kepada pengirim dan penerima lain.

Cari e-mel dengan cepat
Klik di penjuru kanan atas dan taipkan perkataan seperti “foto”. Mail menunjukkan e-mel tempat perkataan kelihatan dan menu membenarkan anda menentukan carian anda mengikut kategori seperti pengirim atau subjek.
Mahu mengetahui lebih lanjut?