
Bermula dengan Mail pada Mac
Ketahui asas untuk bermula dengan menghantar e-mel dalam app Mail.

Tambah akaun e-mel
Sebelum anda boleh menghantar e-mel, anda perlu menambah akaun e-mel anda—seperti iCloud, Exchange atau Gmail. Untuk menambah akaun anda, pilih Mail > Tambah Akaun, pilih jenis akaun, kemudian klik Teruskan.

Susun e-mel anda
Menggunakan peti mel ialah cara yang mudah untuk menyusun e-mel. Untuk mencipta peti mel, pilih Peti Mel > Peti Mel Baharu, kemudian masukkan nama.

Cari e-mel dengan cepat
Anda boleh mencari e-mel dengan cepat dengan mencari menggunakan perkataan anda sendiri. Dalam Mail, klik di penjuru kanan atas dan taipkan perkataan seperti “foto”. Mail menunjukkan e-mel tempat perkataan kelihatan dan menu lungsur membenarkan anda menentukan carian anda mengikut kategori seperti pengirim atau subjek.
Mahu ketahui lebih lanjut?