Cara untuk berkongsi skrin anda, fail dan banyak lagi dengan pengguna lain pada rangkaian anda
Anda boleh menyediakan Mac anda untuk berkongsi fail, folder dan perkhidmatan lain dengan pengguna lain pada rangkaian anda. Anda boleh juga berkongsi skrin anda, atau berkongsi pencetak yang disambungkan ke Mac anda.
Gunakan maklumat pada halaman ini bagi membantu anda memilih perkhidmatan untuk berkongsi dan dengan siapa untuk dikongsi.
Perkongsian skrin
Anda boleh membenarkan pengguna lain melihat apa yang ada pada skrin anda; membuka, mengalih dan menutup fail dan tetingkap; membuka app; dan juga memulakan semula Mac anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Sediakan dan gunakan perkongsian skrin.
Perkongsian fail
Anda boleh berkongsi fail dengan komputer Mac lain:
Perkongsian pencetak
Jika anda mempunyai pencetak yang disambungkan ke Mac, anda boleh membenarkan pengguna lain yang berada di rangkaian anda menggunakannya. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Kongsi pencetak anda.
Log masuk jauh
Jika anda membenarkan log masuk secara jauh, anda boleh menggunakan Cangkerang Selamat (SSH) untuk log masuk ke Mac anda dari lokasi lain. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Benarkan komputer jauh untuk mengakses Mac anda.
pengurusan Jauh
Jika Mac anda diuruskan secara jauh menggunakan Apple Remote Desktop, aktifkan pengurusan secara jauh dalam keutamaan Perkongsian. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Benarkan Remote Desktop mengakses Mac anda.
Peristiwa Apple jauh
Setkan Mac anda untuk memberi maklum balas kepada peristiwa yang dihantar dari komputer lain pada rangkaian. Untuk maklumat lanjut, lihat Benarkan peristiwa Apple Jauh.
Perkongsian internet
Kongsi sambungan Internet anda dengan komputer lain pada rangkaian setempat anda. Untuk maklumat lanjut, lihat Kongsi sambungan Internet pada Mac anda.
Perkongsian Bluetooth
Jika Mac anda didayakan Bluetooth atau anda mempunyai penyesuai USB Bluetooth disambungkan ke Mac, anda boleh berkongsi fail dengan komputer dan peranti lain yang didayakan Bluetooth. Untuk maklumat lanjut, lihat Sediakan perkongsian Bluetooth.
Perkongsian DVD atau CD
Jika anda mempunyai pemacu optik, anda boleh membenarkan pengguna komputer lain mengakses pemacu DVD atau CD anda. Perkongsian pemacu ini boleh menjadi berguna jika komputer lain tidak mempunyai pemacu optikal, atau jika anda mahu menyediakan akses ke pemacu optikal dan ke komputer lain pada rangkaian Ethernet atau rangkaian wayarles. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Kongsi DVD dan CD.