Kongsi skrin, fail dan perkhidmatan Mac anda dengan pengguna lain pada rangkaian anda
Anda boleh menyediakan Mac anda untuk berkongsi fail, folder dan perkhidmatan lain dengan pengguna lain pada rangkaian anda. Anda boleh juga berkongsi skrin anda, atau berkongsi pencetak yang disambungkan ke Mac anda.
Gunakan maklumat pada halaman ini bagi membantu anda memilih perkhidmatan untuk berkongsi dan dengan siapa untuk dikongsi.
Perkongsian skrin
Anda boleh membenarkan pengguna lain melihat apa yang ada pada skrin anda; membuka, mengalih dan menutup fail dan tetingkap; membuka app; dan juga memulakan semula Mac anda. Lihat Aktifkan atau nyahaktifkan perkongsian skrin Mac dan Kongsi skrin dari Mac lain.
Perkongsian fail
Anda boleh berkongsi fail dengan pengguna dan komputer Mac lain. Lihat Gunakan AirDrop pada Mac anda untuk menghantar fail ke peranti berdekatan anda, Sediakan perkongsian fail, atau Gunakan Perkongsian Fail iCloud untuk berkongsi dokumen dengan pengguna iCloud lain.
Perkongsian pencetak
Jika anda mempunyai pencetak yang disambungkan ke Mac, anda boleh membenarkan pengguna lain yang berada di rangkaian anda menggunakannya. Lihat Kongsi pencetak anda.
Log masuk jauh
Jika anda membenarkan log masuk secara jauh, anda boleh menggunakan Cangkerang Selamat (SSH) untuk log masuk ke Mac anda dari lokasi lain. Lihat Benarkan komputer jauh untuk mengakses Mac anda.
pengurusan Jauh
Jika Mac anda diuruskan secara jauh menggunakan Apple Remote Desktop, aktifkan pengurusan secara jauh dalam keutamaan Perkongsian. Lihat Benarkan Apple Remote Desktop untuk mengakses Mac anda.
Peristiwa Apple jauh
Setkan Mac anda untuk memberi maklum balas kepada peristiwa yang dihantar dari komputer lain pada rangkaian. Lihat Benarkan peristiwa Apple jauh.
Perkongsian internet
Kongsi sambungan Internet anda dengan komputer lain pada rangkaian setempat anda. Lihat Kongsi sambungan Internet pada Mac dengan pengguna rangkaian lain.
Perkongsian Bluetooth
Jika Mac anda didayakan Bluetooth atau anda mempunyai penyesuai USB Bluetooth disambungkan ke Mac, anda boleh berkongsi fail dengan komputer dan peranti lain yang didayakan Bluetooth. Lihat Sediakan perkongsian Bluetooth pada Mac.
Perkongsian DVD atau CD
Jika anda mempunyai pemacu optik, anda boleh membenarkan pengguna komputer lain mengakses pemacu DVD atau CD anda. Perkongsian pemacu ini boleh menjadi berguna jika komputer lain tidak mempunyai pemacu optikal, atau jika anda mahu menyediakan akses ke pemacu optikal dan ke komputer lain pada rangkaian Ethernet atau rangkaian wayarles. Lihat Kongsi DVD dan CD pada Mac.