Tukar seting Kata Laluan pada Mac
Pada Mac anda, gunakan seting Kata Laluan untuk melihat, menambah, atau mengedit nama pengguna dan kata laluan atau kunci laluan yang anda simpan untuk tapak web.
Untuk menukar seting ini, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Kata Laluan dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Buka seting Kata Laluan untuk saya
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Medan carian | Cari alamat tapak web dan nama pengguna dalam senarai. | ||||||||||
Tambah | Tambah nama pengguna dan kata laluan untuk tapak web, atau cipta kumpulan kata laluan dikongsi. Safari boleh isi auto nama pengguna dan kata laluan untuk sebarang tapak web anda tambah. Lihat Isi auto nama pengguna dan kata laluan anda dalam Safari. | ||||||||||
Kata Laluan Dijana | Jadikan kata laluan kukuh yang dicipta oleh iPhone, iPad dan Mac anda tersedia untuk Isi Auto pada semua peranti anda. Pilihan ini kelihatan apabila anda menerima pengesyoran daripada Safari untuk mencipta kata laluan unik yang sukar untuk diteka (atau “kukuh”). | ||||||||||
Import dan Eksport Kata Laluan | Import nama pengguna dan kata laluan untuk akaun tapak web anda daripada pelayar lain ke dalam macOS. Klik butang Lagi , pilih Import Kata Laluan, kemudian pilih fail CSV. Untuk menyimpan nama pengguna dan kata laluan bagi akaun tapak web anda dalam fail CSV, klik butang Lagi , pilih Eksport Semua Kata Laluan, klik Eksport Kata Laluan, taipkan nama fail, kemudian klik Simpan. Fail CSV mengandungi tajuk tapak web, alamat tapak web, nama pengguna dan kata laluan. Nota: Fail CSV tidak disulitkan dan sesiapa yang membaca fail boleh melihat kata laluan anda. | ||||||||||
Pengesyoran Keselamatan | Dapatkan nasihat tentang kata laluan yang anda gunakan. Aktifkan Kesan Kata Laluan Terbocor untuk menerima mesej jika mana-mana kata laluan anda ditemui pada senarai kata laluan yang terdedah dan dilanggar. | ||||||||||
Pilihan Kata Laluan | Isikan kata laluan dan kunci laluan untuk app dan tapak web secara automatik, gunakan kata laluan dan kunci laluan daripada Rantai Kunci iCloud, serta padamkan kod pengesahan daripada Mesej dan Mail selepas kod telah dimasukkan. | ||||||||||
Kata Laluan Saya | Jika anda berkongsi kata laluan atau kunci laluan dengan kumpulan, Kata Laluan Saya menyenaraikan sebarang akaun yang anda telah ciptakan nama pengguna dan kata laluan tetapi belum dikongsi dengan kumpulan. | ||||||||||
Senarai kumpulan kata laluan dikongsi | Senarai ini menunjukkan sebarang kumpulan dengan orang yang anda kongsikan kata laluan akaun. Untuk kumpulan yang anda cipta, anda boleh menambah dan mengeluarkan orang, menamakan semula kumpulan dan memadamkan kumpulan. Untuk semua kumpulan, anda boleh menukar dan memadamkan kata laluan. | ||||||||||
Senarai tapak web dan nama pengguna | Senarai semua akaun anda, yang anda tidak kongsikan dan yang anda kongsikan. Senarai termasuk akaun yang anda telah simpan nama pengguna dan kata laluan semasa mendaftar masuk, akaun yang anda telah tambah nama pengguna dan kata laluan dalam seting Kata Laluan, serta akaun yang anda sembunyikan pengesyoran keselamatan. | ||||||||||
Info | Lihat nama pengguna dan kata laluan anda. Ikon amaran ditunjukkan untuk tapak web bagi sebarang sebab berikut:
Jika anda menggunakan semula kata laluan merentas tapak web yang berbeza, atau anda mempunyai kata laluan yang mudah diteka untuk tapak web, butiran kelihatan di bawah nama pengguna dan kata laluan anda. Menggunakan semula kata laluan merentas tapak web berbeza tidak disyorkan—jika penyerang mengetahui kata laluan anda untuk satu tapak web, mereka mungkin boleh mengakses akaun anda pada tapak web lain. Untuk mencipta kata laluan yang lebih kukuh atau unik bagi tapak web yang dipilih, klik Tukar Kata Laluan pada Tapak Web. Kongsi : Hantar kata laluan atau kunci laluan untuk tapak web dipilih kepada seseorang dalam senarai kenalan anda (dalam app Kenalan) menggunakan AirDrop. Alamat e-mel yang anda gunakan untuk iCloud mestilah berada dalam senarai kenalan mereka dan alamat e-mel yang mereka gunakan untuk iCloud mestilah berada dalam senarai kenalan anda. Untuk menghantar kepada seseorang pada Mac, mereka mesti membenarkan diri mereka untuk ditemui di AirDrop dalam Finder. Untuk menghantar kepada seseorang pada iPhone, iPad, atau iPod touch, minta mereka buka Pusat Kawalan dan aktifkan AirDrop. Rantai Kunci iCloud mesti disediakan pada Mac, iPhone atau iPod touch (iOS 6 atau lebih baharu), atau iPad anda. Edit: Kemas kini nama pengguna atau kata laluan jika anda menukarnya pada tapak web, tukar kata laluan anda dengan melawati tapak web, atau padam kata laluan daripada rantai kunci anda. Jika tapak web menyokong kod pengesahan, pergi ke tapak web, daftar masuk, kemudian dapatkan kunci persediaan. Klik Masukkan Kunci Persediaan, kemudian masukkan kunci. Paras keselamatan tambahan ini membantu menjamin identiti anda. Padam Kata Laluan: Klik untuk memadam kata laluan ini. Anda boleh memulihkan kata laluan yang dipadamkan selama 30 hari. Lihat Pulihkan kata laluan atau kunci laluan terbaru dipadam. |