Pilih gambar Apple ID anda pada Mac
Anda boleh mengesetkan foto, Memoji, emoji atau imej lain sebagai gambar Apple ID anda. Gambar Apple ID anda juga dipaparkan sebagai gambar log masuk pengguna anda pada Mac anda dan sebagai gambar untuk Kad Saya anda dalam Kenalan.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik [nama anda] di bahagian atas bar sisi.
Jika anda tidak melihat nama anda, klik Daftar masuk dengan Apple ID anda untuk memasukkan Apple ID anda atau untuk mencipta Apple ID.
Klik gambar di atas nama anda di sebelah kanan.
Dialog gambar Apple ID kelihatan.
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Pilih Memoji: Klik Memoji, kemudian klik satu daripada Memoji atau Animoji yang dipaparkan, atau klik butang Tambah , pilih dan sesuaikan ciri muka dan item lain seperti pakaian, kemudian klik Selesai. Klik Lagak Gaya untuk memilih cara anda mahukan Memoji atau Animoji anda untuk gayakan. Klik Gaya untuk mengesetkan warna latar belakang.
Petua: Animasikan gambar log masuk pengguna anda. Setkan Memoji atau Animoji sebagai gambar Apple ID anda dan lihatnya menjadi nyata setiap kali anda log masuk ke akaun pengguna anda.
Pilih emoji: Klik Emoji, kemudian klik satu daripada emoji yang dipaparkan, atau klik butang Tambah , kemudian pilih emoji. Klik Gaya, kemudian pilih warna latar belakang.
Pilih monogram: Klik Monogram, pilih warna latar belakang, kemudian masukkan sehingga dua parap.
Ambil gambar menggunakan kamera pada Mac anda: Klik Kamera. Sediakan tangkapan anda, kemudina klik butang Kamera. Anda boleh mengambil semula foto sebanyak kali yang anda perlu.
Pilih foto daripada pustaka Foto anda: Klik Foto. Untuk melihat foto daripada album khusus, klik album yang anda mahukan, kemudian pilih foto.
Petua: Untuk menggantikan gambar Apple ID semasa secara cepat dengan imej pada desktop anda, hanya seret imej daripada Finder atau desktop ke gambar semasa dalam dialog gambar Apple ID.
Pilih imej dicadangkan: Klik Cadangan, kemudian pilih gambar.
Selepas anda memilih imej, anda boleh melaraskan rupanya. Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Laraskan lokasi imej: Seret gambar ke sekeliling di dalam bulatan.
Zum ke dalam atau ke luar: Seret gelangsar ke kiri atau ke kanan.
Apabila anda selesai, klik Simpan.
Petua: Anda boleh berkongsi gambar Apple ID anda atau gambar lain dalam mesej yang anda hantar. Lihat Kongsi nama dan foto anda dalam Mesej.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menukar maklumat akaun Apple ID anda pada tapak web Apple ID, lihat halaman akaun Apple ID anda.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menukar seting akaun Apple ID menggunakan peranti iOS atau iPadOS, lihat “Uruskan seting Apple ID” dalam panduan pengguna untuk iPhone, iPad, atau iPod touch.