Sediakan peranti audio Bluetooth untuk digunakan dengan Mac
Bluetooth® ialah teknologi wayarles yang membenarkan Mac dan peranti anda berkomunikasi tanpa menggunakan kabel.
Untuk menggunakan peranti audio Bluetooth seperti set kepala atau speaker, anda mesti sambungkan peranti dengan Mac anda dahulu, kemudian pilih peranti sebagai peranti input atau output anda.
Menyediakan peranti audio Bluetooth
Pastikan peranti diaktifkan dan boleh ditemui.
Jika anda tidak boleh mengaktifkan peranti atau menjadikan ia boleh ditemui, lihat arahan yang disertakan dengan peranti.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Bluetooth dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Tahan penuding di atas peranti dalam senarai di sebelah kanan, kemudian klik Sambung.
Jika peranti tidak bersambung secara automatik, ikuti arahan pada skrin untuk menyediakan peranti.
Anda juga boleh menyambungkan peranti Bluetooth ke Mac anda dengan mengklik ikon status Bluetooth dalam bar menu dan memilih peranti. Jika ikon tiada dalam bar menu, anda boleh menambahnya menggunakan seting Pusat Kawalan.
Pilih peranti audio Bluetooth sebagai peranti input atau output komputer anda
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Bunyi dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Jika peranti anda bertujuan digunakan untuk output bunyi (sebagai contoh, fon kepala), klik Output di sebelah kanan. Jika peranti anda bertujuan digunakan untuk input bunyi (sebagai contoh, set kepala), klik Input di sebelah kanan.
Pilih peranti yang anda mahu gunakan dalam senarai peranti.