Daya dengar fail audio pada Mac
Unit Audio AURounrtipAAC ialah pemalam audio yang menyemak pemotongan dengan membandingkan fail AAC ke sumber asal fail audio. Unit Audio AURoundtripAAC termasuk klip dan pengesan puncak, seperti ujian persekitaran. Anda boleh menggunakan pemalam dalam sebarang app hos audio, seperti Logic Pro X atau AU Lab.
Klik tab Daya Dengar untuk memantau audio sumber atau audio terkod, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Klik Sumber atau Terkod untuk menukar audio.
Klik menu timbul Format Terkod untuk memilih format berlainan. Pilih Khusus untuk tentukan format yang tidak termasuk dalam menu timbul.
Penunjuk klip bertukar merah apabila audio diklip. Klik Reset untuk reset penunjuk.
Klik Tunjukkan Butiran untuk melihat lebih maklumat tentang nilai puncak dan kiraan klip dalam audio, puncak paling tinggi per saluran untuk kedua-dua sumber dan audio terkod dan puncak sampel dan puncak antara sampel.