![](https://help.apple.com/assets/63BCA927AAE78C58DD7FBE35/63BCA92EAAE78C58DD7FBE76/ms_MY/7c231443d74f48dd793287e1bf2babb1.png)
Sediakan pengimbas untuk digunakan dengan Mac
Anda boleh menambah pengimbas ke senarai peranti dalam seting Pencetak & Pengimbas.
Jika anda telah menyediakan pencetak yang termasuk pengimbas, anda mungkin boleh menggunakan ciri pengimbasnya tanpa sebarang kerja tambahan. Pilih pencetak dalam senarai, kemudian klik Imbas.
Sebelum menyediakan pengimbas anda, pastikan macOS mempunyai perisian pengimbas terkini yang tersedia untuknya. Periksa dengan pengeluar pengimbas anda untuk melihat jika sebarang kemas kini tersedia untuk model pengimbas anda.
Jika anda mempunyai pencetak dan pengimbas AirPrint berbilang fungsi, anda tidak perlu menyemak kemas kini perisian.
Ikut arahan yang disertakan dengan pengimbas untuk mengeluarkannya dan menyambungkannya ke Mac anda.
Jika Mac anda mempunyai port USB-C tunggal dan anda mahu sambung pengimbas USB, gunakan penyesuai pelbagai port. Sambungkan pengimbas, kemudian sambungkan kabel USB-C ke bekalan kuasa untuk memanjangkan hayat bateri Mac anda. Lihat Gunakan kabel USB-C dengan Mac.
Penting: Jangan pasangkan perisian yang disertakan dengan pengimbas. Komputer macOS anda memuat turun perisian pengimbas terbaru secara automatik.
Pilih menu Apple
> Seting Sistem, kemudian klik Pencetak & Pengimbasdalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Jika anda tidak melihat pencetak anda dalam senarai Pencetak, klik butang Tambah Pencetak, Pengimbas, atau Faks di sebelah kanan.
Pilih pengimbas anda, kemudian klik Tambah.
Jika pengimbas anda tidak berada dalam senarai, lihat dokumentasi yang disertakan dengan pengimbas untuk mengetahui cara bagaimana mengimbasnya.