Kongsi DVD dan CD pada Mac
Jika Mac anda mempunyai pemacu optik luaran disambungkan, anda boleh berkongsi pemacu tersebut dengan Mac lain pada rangkaian yang sama dengan macOS 10.14 atau lebih awal dipasang.
Nota: Anda tidak boleh mengakses pemacu optik dikongsi pada komputer dengan macOS 10.15 atau lebih baharu dipasang.
Sediakan Mac untuk berkongsi pemacu optiknya
Pada Mac yang mempunyai pemacu optik disambungkan, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Umum dalam bar sisi, kemudian klik Perkongsian di sebelah kanan. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Aktifkan Perkongsian DVD atau CD.
Untuk dimaklumkan apabila komputer cuba mengakses pemacu optik anda, klik butang Info , kemudian pilih kotak semak “Tanya saya sebelum membenarkan orang lain menggunakan pemacu DVD”.
Gunakan pemacu optik komputer lain
Pada Mac dengan macOS 10.14 atau lebih awal dipasang, anda boleh mengakses pemacu optik yang dikongsi daripada Mac atau komputer Windows pada rangkaian yang sama.
Pada komputer yang mempunyai pemacu optik, pastikan perkongsian pemacu DVD atau CD disediakan, kemudian masukkan cakera ke dalam pemacu.
Pada Mac yang tidak mempunyai pemacu optik, klik ikon Finder dalam Dock untuk membuka tetingkap Finder.
Klik Cakera Jauh di bawah Lokasi dalam bar sisi, kemudian dwiklik komputer yang berkongsi pemacu optik yang anda mahu akses.
Klik Sambung.
Jika anda tidak melihat butang Sambung, klik Minta Untuk Guna, kemudian tunggu tindak balas daripada komputer lain.