Sambungkan Mac anda ke internet menggunakan Ethernet
Anda boleh menggunakan Ethernet untuk bersambung ke internet, sama ada melalui rangkaian Ethernet atau melalui modem DSL atau kabel. Jika anda menggunakan modem, pastikan modem diaktifkan dan disambungkan ke jek dinding dengan kabel yang disertakan dengan modem.
Gunakan kabel Ethernet untuk sambung port Ethernet komputer anda ke modem atau peranti rangkaian lain (sebagai contoh, suis atau penghala). Jika komputer anda tidak mempunyai port Ethernet, cuba menggunakan penyesuai USB ke Ethernet atau penyesuai Thunderbolt ke Ethernet Gigabit.
Dalam kebanyakan kes, anda akan disambungkan ke internet secara automatik. Jika tidak, lengkapkan langkah berikut untuk masukkan seting rangkaian anda. Jika anda tidak pasti apa yang perlu dimasukkan, semak dengan pentadbir rangkaian atau ISP anda.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Rangkaian dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Di sebelah kanan, klik perkhidmatan Ethernet, kemudian klik Lanjutan.
Jika anda mahu, aktifkan atau nyahaktifkan Hadkan Penjejakan Alamat IP.
Klik TCP/IP dalam bar sisi, klik menu timbul Konfigurasi IPv4, kemudian pilih kaedah konfigurasi yang dicadangkan ISP anda.
Menggunakan DHCP: Pilih ini jika anda menerima alamat IP secara automatik daripada ISP anda.
Menggunakan DHCP dengan alamat manual: Pilih ini jika anda menerima alamat IP tertentu dan ISP anda menggunakan DHCP, kemudian masukkan alamat IP.
Secara Manual: Pilih ini jika anda menerima alamat IP tertentu, topeng subjaringan dan alamat penghala daripada ISP anda, kemudian masukkan nilai tersebut.
Jika anda perlu memasukkan seting pelayan DNS atau domain carian, klik DNS dalam bar sisi, kemudian masukkan maklumat yang anda terima.
Jika anda perlu memasukkan seting WINS, klik WINS dalam bar sisi, kemudian masukkan maklumat yang anda terima.
Jika anda perlu memasukkan seting pelayan proksi, klik Proksi dalam bar sisi, kemudian masukkan maklumat yang anda terima.
Jika anda perlu mengkonfigurasi seting perkakasan Ethernet, klik Perkakasan dalam bar sisi, kemudian masukkan maklumat yang anda terima.
Klik OK.