Benarkan Apple Remote Desktop untuk mengakses Mac anda
Gunakan Pengurusan Jauh dalam seting Perkongsian untuk membenarkan orang lain mengakses komputer anda menggunakan Apple Remote Desktop.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Umum dalam bar sisi, kemudian klik Perkongsian di sebelah kanan. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Aktifkan Pengurusan Jauh, kemudian klik butang Info di sebelah kanan.
Jika diminta, pilih tugas yang dibenarkan untuk dilaksanakan oleh pengguna jauh. Jika anda tidak diminta, klik Pilihan untuk memilih tugas.
Lakukan satu daripada yang berikut:
Pilih "Semua pengguna" untuk benarkan sesiapa yang mempunyai akaun pengguna pada Mac anda untuk berkongsi skrin anda.
Pilih "Pengguna ini sahaja," klik butang Tambah , kemudian pilih pengguna yang boleh berkongsi Mac anda.
Klik Seting Komputer, pilih pilihan untuk Mac anda, kemudian klik OK.
Jika orang menyambung menggunakan pemapar VNC, anda perlu menetapkan kata laluan.
Klik Selesai.
Apple Remote Desktop tersedia dari App Store. Untuk membantu menyediakan dan menggunakan Apple Remote Desktop, lihat Panduan Pengguna Apple Remote Desktop.