Keutamaan Spotlight
Gunakan Keutamaan Sistem Spotlight untuk memilih kategori yang muncul dalam hasil carian Spotlight dan untuk menghalang Spotlight daripada mencari folder atau cakera tertentu.
Untuk membuka keutamaan ini, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Spotlight.
Buka keutamaan Spotlight untuk saya
Anak tetingkap Hasil Carian
Pilih kategori yang muncul dalam hasil carian Spotlight: Pilih kategori yang anda mahu sertakan; nyahpilih yang anda tidak mahu.
Secara lalai, hasil Spotlight termasuk Cadangan Spotlight.
Benarkan Cadangan Spotlight dalam Cari: Tunjukkan Cadangan Spotlight dalam hasil apabila anda mencari perkataan.
Jika anda tidak mahu pertanyaan carian Cari dan data penggunaan Cadangan Spotlight anda dihantar kepada Apple, nyahpilih kotak semak “Benarkan Cadangan Spotlight dalam Cari”, kemudian dalam senarai nyahpilih kotak semak Cadangan Spotlight. Apabila kotak semak tidak ditandakan, Spotlight hanya mencari kandungan Mac anda dan Carian hanya mencari dalam kamus pada Mac anda.
Anda juga boleh menyahaktifkan Perkhidmatan Lokasi untuk Cadangan Spotlight dalam keutamaan Keselamatan & Privasi. Jika anda menyahaktifkan Perkhidmatan Lokasi pada Mac anda, lokasi tepat anda tidak akan dihantar ke Apple. Untuk arahan dan maklumat terperinci, lihat Perihal Cadangan Spotlight.
Anak tetingkap Privasi
Halang Spotlight daripada mencari lokasi pada Mac anda: Klik butang Tambah , kemudian cari folder atau cakera yang anda mahu kecualikan. Anda juga boleh seret folder atau cakera ke dalam senarai.
Keluarkan folder atau cakera dari senarai pengecualian: Pilih folder atau cakera dalam senarai, kemudian klik butang Keluarkan .
Jika anda menambah cakera sandaran Time Machine ke senarai privasi, anda akan terus melihat mesej yang Spotlight mengindeks cakera sandaran anda. Pengindeksan ini adalah perlu untuk Time Machine berfungsi dengan betul dan tidak boleh dinyahdayakan. Spotlight terkecuali daripada mencari sebarang item yang anda simpan pada cakera sandaran anda yang bukan sebahagian daripada sandaran Time Machine.
Penting: Jika anda menambah fail dan folder tertentu kepada senarai privasi yang anda mungkin tidak diberitahu apabila kemas kini tersedia untuk sesetengah app. Jika anda menambah seluruh cakera dalaman anda kepada senarai privasi, anda tidak akan diberitahu tentang sebarang kemas kini.
Setkan pintasan Spotlight
Klik Pintasan Kekunci di bahagian bawah anak tetingkap Hasil Carian atau anak tetingkap Privasi dalam keutamaan Spotlight.
Anda juga boleh memilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Papan Kekunci, kemudian klik Pintasan.
Pilih Spotlight di sebelah kiri, kemudian tukar pintasan di sebelah kanan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang mengubah pintasan papan kekunci, lihat Gunakan pintasan papan kekunci sejagat.