Cadangan Spotlight

Siri menganalisis cara anda menggunakan peranti anda untuk membekalkan cadangan diperibadikan dan carian yang lebih baik

Siri belajar cara anda menggunakan peranti anda untuk memperibadikan pengalaman anda. Menggunakan maklumat yang disimpan pada peranti anda, seperti sejarah pelayaran Safari, e-mel,mesej dan kenalan anda, juga maklumat yang disumbangkan oleh app lain yang dipasang, Siri boleh membekalkan cadangan dalam Spotlight, Cari, Memori Foto dan banyak lagi. Anda boleh lihat senarai penuh ciri yang Siri peribadikan dalam bahagian Siri daripada Keutamaan Sistem, di bawah Cadangan Siri & Privasi.

Pemeribadian diselaraskan merentasi peranti anda dengan penyulitan hujung ke hujung

Siri menyelaraskan maklumat ini dengan selamat antara peranti anda, membuatkan pengalaman anda konsisten pada kesemuanya. Penyelarasan ini diselesaikan menggunakan penyulitan hujung ke hujung.

Untuk membuat cadangan dan hasil carian yang lebih berkaitan, sesetengah maklumat dihantar kepada Apple dan tidak berkaitan dengan anda

Dalam sesetengah kes, seperti apabila anda menggunakan Cadangan Siri dalam Spotlight, Carian atau Safari, topik menarik umum yang Siri telah pelajari mungkin dihantar kepada Apple untuk membuatkan carian anda lebih berkaitan. Topik menarik (sebagai contoh, memasak dan bermain bola keranjang) akan membantu memberikan anda hasil carian yang lebih berkaitan dan kami menggunakan teknik mesra privasi untuk memisahkan topik menarik ini daripada anda.

Sebagai tambahan kepada topik menarik ini, apabila anda melakukan carian, peranti anda menghantar pertanyaan carian, cadangan yang anda pilih dan data penggunaan berkaitan kepada Apple untuk memproses permintaan anda. Maklumat ini tidak berkaitan dengan anda. Hasil carian yang menunjukkan fail dan kandungan pada peranti anda tidak akan dihantar.

Jika anda mengaktifkan Perkhidmatan Lokasi pada peranti, lokasi peranti anda akan dihantar kepada Apple untuk membekalkan pengesyoran yang lebih berkaitan. Carian untuk perkataan dan frasa biasa mungkin dimajukan daripada Apple ke enjin carian. Carian ini tidak disimpan oleh pembekal enjin carian. Untuk memberikan anda cadangan muzik dan video yang lebih berkaitan, jika peranti anda boleh mengakses perkhidmatan langganan muzik atau video, maka maklumat seperti nama perkhidmatan langganan dan jenis langganan mungkin dihantar kepada Apple. Nama akaun, nombor dan kata laluan anda tidak akan dihantar ke Apple. Lokasi, pertanyaan carian, minat anda dan maklumat penggunaan yang dihantar ke Apple akan hanya digunakan oleh Apple untuk menjadikan Cadangan lebih berkaitan dan mempertingkatkan produk dan perkhidmatan Apple yang lain.

Anda mempunyai pilihan dan kawalan

Anda boleh hentikan app daripada menyumbang maklumat untuk memperibadikan Siri. Pergi ke Keutamaan Sistem, klik Siri, kemudian pilih Cadangan & Privasi Siri. Nyahpilih kotak semak untuk App.

Jika anda tidak mahu Cadangan Siri menghantar maklumat anda kepada Apple, anda boleh nyahaktifkan Cadangan Siri. Anda boleh melakukannya di bawah Keutamaan Sistem, pilih Spotlight dan nyahpilih kotak semak Cadangan Spotlight dan Benarkan Cadangan Spotlight dalam Cari. Cadangan Safari boleh dinyahaktifkan dalam Safari. Buka Safari, pilih menu Safari dan pilih Keutamaan, klik Carian dan kemudian nyahpilih Sertakan Cadangan Safari.

Anda boleh menyahaktifkan Perkhidmatan Lokasi untuk Cadangan Siri. Untuk melakukannya, buka Keutamaan Sistem, klik Keselamatan & Privasi, pilih Perkhidmatan Lokasi dalam tab Privasi, pilih Butiran bersebelahan Perkhidmatan Sistem dan nyahpilih Cadangan Berdasarkan Lokasi. Jika anda menyahaktifkan Perkhidmatan Lokasi pada peranti anda, lokasi tepat anda tidak akan dihantar kepada Apple. Untuk menghantar cadangan carian yang relevan, Apple mungkin menggunakan alamat IP sambungan Internet anda untuk menentukan lokasi anda, dengan memadankannya ke rantau geografi.

Maklumat yang dikumpul oleh Apple akan dianggap berkaitan dengan Polisi Privasi Apple, yang boleh dijumpai www.apple.com/my/privacy.