Cari perkataan
Anda boleh mencari definisi perkataan atau farasa semasa bekerja dalam app atau melayari halaman web dengan cepat.
Cari perkataan: Control-klik pada perkataan atau frasa (dalam sesetengah app anda mungkin perlu memilihnya dahulu), kemudian pilih Cari dari menu pintasan. Atau ketik perkataan atau frasa dengan tiga jari (jika gerak isyarat itu dipilih dalam keutamaan Trackpad).
Jika trackpad anda menyokong klik paksa, anda boleh mengesetkan gerak isyarat Cari untuk menggunakannya berbanding dengan ketikan. (Untuk tekan kuat, tekan dengan kuat sehingga anda merasai klik yang lebih dalam.)
Lihat definisi penuh: Klik pautan “lagi” di hujung definisi pendek.
Lihat perkataan dalam app Kamus: Klik Buka dalam Kamus.
Lihat maklumat lanjut: Klik kategori—seperti Pengetahuan atau Filem—di bawah tetingkap Cari, atau leret ke kiri atau kanan pada trackpad.
Tambah atau sesuaikan sumber kamus: Definisi kamus yang anda lihat berbeza berdasarkan pada sumber yang tersedia dalam keutamaan Kamus. Untuk menambah atau menyesuaikan sumber, klik Konfigurasi Kamus. Dalam tetingkap Keutamaan Kamus, pilih atau nyahpilih sumber. Anda boleh setkan pilihan untuk sumber dipilih, seperti bagaimana untuk memaparkan sebutan atau bahasa Wikipedia yang mana untuk dicari.
Petua: Apabila Cadangan Spotlight didayakan, sesetengah app—sebagai contoh, Mail, Mesej dan Nota—mengaris kasar item (seperti nama artis, tempat atau tajuk filem) dalam teks atau membuatkannya pautan sebagai pembayang yang lebih maklumat tersedia. Hanya klik anak panah atau pautan untuk membaca lebih lagi dalam tetingkap Cari. (Mesej, e-mel, atau kandungan lain anda tidak dihantar kepada Apple; hanya item yang dikenal pasti sebagai pembayang Cari dan data penggunaan berkaitan mungkin dihantar.)