Tukar keutamaan Finder pada Mac
Pada Mac anda, gunakan keutamaan Finder untuk mengesetkan pilihan untuk tetingkap Finder, sambungan fail dan Sampah.
Untuk menukar keutamaan ini, klik ikon Finder dalam Dock, kemudian pilih Finder > Keutamaan.
Umum
Pilihan | Perihalan |
---|---|
Tunjukkan item ini pada desktop | Pilih sebarang item yang anda mahu lihat pada desktop. |
Tetingkap Finder baru menunjukkan | Pilih folder mana yang dipaparkan apabila anda membuka tetingkap Finder baru. |
Buka folder dalam tab dan bukannya tetingkap baru | Pilih apa yang terjadi apabila anda tekan dan tahan kekunci Command dan dwiklik folder.
|
Tag
Pilihan | Perihalan |
---|---|
Tunjukkan tag ini dalam bar sisi | Sesuaikan tag yang anda lihat dalam bar sisi Finder.
|
Tag Kegemaran | Sesuaikan tag yang anda lihat dalam menu pintasan yang muncul apabila anda Control-klik fail.
|
Bar Sisi
Pilihan | Perihalan |
---|---|
Tunjukkan item ini dalam bar sisi | Pilih item yang anda mahu lihat dalam bar sisi Finder. Item ini juga muncul dalam dialog Buka dan Simpan. |
Lanjutan
Pilihan | Perihalan |
---|---|
Tunjukkan semua sambungan nama fail | Sambungan nama fail—tanda noktah diikuti dengan beberapa huruf atau perkataan yang anda lihat di hujung beberapa nama fail (sebagai contoh, .jpg)—mengenal pasti jenis fail. Pilihan ini memberi kesan kepada kebanyakan nama fail, tetapi tidak semua.
|
Tunjukkan amaran sebelum mengubah sambungan | Paparkan amaran jika anda secara tidak sengaja cuba untuk ubah sambungan. Sebagai peraturan, anda tidak seharusnya mengubah sambungan nama fail. |
Tunjukkan amaran sebelum mengeluarkan daripada iCloud Drive | Paparkan amaran supaya anda tidak memadam item secara tidak sengaja daripada iCloud Drive. |
Tunjukkan amaran sebelum kosongkan Sampah | Paparkan amaran supaya anda tidak memadam item secara tidak sengaja dalam Sampah. |
Keluarkan item daripada Sampah selepas 30 hari | Keluarkan item secara kekal 30 hari selepas dipindahkan ke Sampah. |
Kekalkan folder di atas: Dalam tetingkap apabila mengisih mengikut nama | Dalam tetingkap Finder, folder muncul dalam susunan abjad terlebih dahulu dan fail muncul mengikut abjad selepas folder apabila mengisih mengikut nama. |
Kekalkan folder di atas: Pada Desktop | Pada desktop, folder muncul dalam susunan abjad terlebih dahulu; fail muncul mengikut abjad selepas folder. |
Apabila melaksanakan carian | Pilih apa yang anda mahu untuk mencari secara lalai apabila anda menggunakan medan carian dalam tetingkap Finder. Anda boleh mencari seluruh Mac anda, folder yang kini terbuka, atau skop yang anda tentukan kali terakhir anda mencari dalam tetingkap Finder. |
Untuk cara yang lebih banyak untuk menyesuaikan tetingkap Finder, lihat Sesuaikan bar alat dan bar sisi Finder.