Format dan protokol alamat rangkaian pada Mac
Jika anda tahu alamat untuk komputer atau pelayan dikongsi pada rangkaian, anda boleh menggunakannya untuk bersambung ke komputer atau pelayan tersebut. Anda boleh menyambung ke Mac dan komputer Windows dengan perkongsian fail diaktifkan, serta pelayan yang menggunakan SMB/CIF, AFP, NFS dan FTP.
Alamat rangkaian terdiri daripada protokol (seperti smb://) diikuti dengan nama Sistem Nama Domain (DNS) dan sebarang nama laluan tambahan untuk komputer. Semak jadual di bawah bagi format alamat yang betul untuk digunakan bagi bersambung dengan jenis pelayan yang berlainan.
Protokol Perkongsian | Format Alamat | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pelayan dan folder dikongsi SMB/CIFS (Windows) | Gunakan salah satu daripada format ini: smb://namaDNS/namakongsi smb://alamatIP/ namakongsi Anda boleh juga menggunakan nama komputer. Jika anda tidak menentukan folder dikongsi sebagai sebahagian daripada alamat, anda boleh memilihnya selepas anda memasukkan nama dan kata laluan pengguna anda. | ||||||||||
Perkongsian Fail AFP | afp://NamaKomputer.NamaKomputer.com Untuk melihat alamat perkongsian fail AFP untuk Mac, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Perkongsian, kemudian pilih Perkongsian Fail. Alamat muncul dalam tetingkap. | ||||||||||
Pelayan NFS | nfs://DNSname/pathname | ||||||||||
Pelayan WebDAV | http://DNSname/pathname Anda boleh menggunakan alamat Protokol Internet (IP) untuk komputer bukan nama DNS-nya. |
Daripada Finder, anda boleh menyambung ke pelayan FTP hanya dengan akses baca sahaja. Untuk menyalin fail ke pelayan FTP, gunakan app FTP.