Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Sambungkan ke atau putuskan sambungan dengan pelayan WebDAV pada Mac
Untuk mengakses pelayan WebDAV daripada Mac anda, gunakan perintah Sambung ke Pelayan dalam Finder.
Bersambung ke pelayan WebDAV
Dalam Finder, pada Mac anda, pilih Pergi > Sambung ke Pelayan, masukkan alamat pelayan dalam medan Alamat Pelayan, kemudian klik Sambung.
Masukkan alamat rangkaian dalam medan Alamat Pelayan.
Alamat pelayan WebDAV sepatutnya dalam bentuk yang sama dengan ini:
http://servername.com/path/
Klik Sambung.
Putuskan sambungan daripada pelayan WebDAV
Dalam Finder pada Mac anda, pilih pelayan.
Klik kanan, kemudian pilih Keluarkan.
Jika anda menukar seting rangkaian anda dalam keutamaan Rangkaian semasa anda sedang bersambung ke pelayan WebDAV, anda harus memutuskan sambungan ke pelayan, kemudian bersambung dengannya semula.