Sambung ke Internet menggunakan modem kabel
Sebelum anda bermula, pastikan anda mempunyai maklumat akaun anda dari ISP anda. Lihat Maklumat yang anda perlu untuk bersambung ke Internet.
Selepas anda mempunyai maklumat anda, sambung modem kabel anda ke port Ethernet komputer anda, aktifkan modem, kemudian ikuti arahan ini untuk masukkan maklumat dalam keutamaan Rangkaian.
Jika komputer anda tidak mempunyai port Ethernet, cuba gunakan penyesuai USB ke Ethernet atau penyesuai Thunderbolt ke Ethernet Gigabit.
Pilih Menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Rangkaian.
Pilih Ethernet dalam senarai di sebelah kiri.
Klik menu timbul Konfigurasi IPv4, kemudian pilih mana-mana yang berikut:
DHCP: Pilih ini jika anda menerima alamat IP anda secara automatik dari pembekal perkhidmatan anda.
Menggunakan DHCP dengan alamat manual: Pilih ini jika ISP anda menggunakan pelayan DHCP tetapi membekalkan anda dengan alamat IP tertentu.
Menggunakan BootP: Pilih ini jika ISP anda membekalkan alamat IP menggunakan protokol ikat but (BootP).
Secara Manual: Pilih ini jika ISP anda memberikan anda alamat IP tertentu dan maklumat lain, seperti topeng subjaringan dan alamat penghala. Masukkan maklumat yang anda terima dalam medan.
Jika ISP anda membekalkan alamat pelayan DNS dan domain carian, klik Lanjutan, kemudian klik DNS dan masukkannya dalam medan.
Masukkan sebarang maklumat tambahan yang anda mungkin terima dari ISP anda, seperti alamat pelayan proksi atau maklumat Ethernet khas.