Benarkan komputer jauh untuk mengakses Mac anda
Aktifkan Log Masuk Jauh untuk mengakses Mac anda daripada komputer lain menggunakan SSH (Protokol Cangkerang Selamat) atau SFTP (Protokol Pemindahan Fail SSH).
Sediakan Log Masuk Jauh pada Mac anda
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Umum dalam bar sisi, kemudian klik Perkongsian di sebelah kanan. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Aktifkan Log Masuk Jauh, kemudian klik butang Info di sebelah kanan.
Jika anda mahu, aktifkan “Benarkan akses cakera penuh untuk pengguna jauh”.
Klik menu timbul “Benarkan akses untuk”, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:
Benarkan semua orang melog masuk ke komputer anda: Klik menu timbul bersebelahan “Benarkan akses untuk”, kemudian pilih “Semua pengguna”.
Pilih orang yang boleh melog masuk ke komputer anda: Klik menu timbul bersebelahan “Benarkan akses untuk”, pilih “Hanya pengguna ini”, klik butang Tambah di bahagian bawah senarai, pilih pengguna yang boleh log masuk dari jauh, kemudian klik Pilih.
Pengguna & Kumpulan termasuk semua pengguna Mac anda. Pengguna Rangkaian dan Kumpulan Rangkaian termasuk orang pada rangkaian anda.
Untuk mengeluarkan pengguna daripada senarai, pilih pengguna, kemudian klik butang Keluarkan .
Log masuk ke Mac anda daripada komputer lain
Pada komputer lain, buka app Terminal (jika ia Mac) atau klien SSH.
Taipkan perintah ssh, kemudian tekan Return.
Format perintah ssh asas ialah:
ssh username@hostname
Nama hos boleh menjadi alamat IP atau nama domain. Sebagai contoh, jika nama pengguna anda ialah steve dan alamat IP komputer anda ialah 10.1.2.3, masukkan yang berikut:
ssh steve@10.1.2.3
Masukkan kata laluan anda, kemudian tekan Return.
Cari perintah SSH untuk digunakan bagi log masuk ke Mac anda daripada komputer lain
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Umum dalam bar sisi, kemudian klik Perkongsian di sebelah kanan. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik butang Info bersebelahan Log Masuk Jauh.
Perhatikan perintah SSH yang ditunjukkan di bawah “Log Masuk Jauh: Diaktifkan”.
Membenarkan log masuk ke Mac anda secara jauh akan menjadikannya kurang selamat. Lihat Sediakan Mac anda untuk menjadi selamat.