Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Jika anda tidak mempunyai keizinan untuk membuka fail atau folder pada Mac
Jika anda tiada kebenaran untuk membuka fail atau folder, anda mungkin boleh menukar seting kebenaran.
Pada Mac anda, pilih item, kemudian pilih Fail > Dapatkan Info, atau tekan Command–I.
Klik segi tiga pendedahan bersebelahan Perkongsian & Kebenaran untuk mengembangkan bahagian.
Klik menu timbul bersebelahan nama pengguna anda untuk melihat seting kebenaran.
Jika anda tidak dilog masuk sebagai pentadbir, and mungkin perlu klik ikon kunci dan masukkan nama dan kata laluan pentadbir.
Ubah kebenaran kepada salah satu Baca & Tulis atau “Baca sahaja.”
Jika anda tidak boleh mengubah kebenaran, hubungi pentadbir Mac anda atau pemilik fail atau folder.