Lihat jadual dan statistik penghalaan menggunakan Utiliti Rangkaian pada Mac
Anda boleh gunakan Utiliti Rangkaian untuk memeriksa jadual penghalaan rangkaian komputer anda dengan melihat ringkasan terperinci jenis paket yang dihantar dan diterima menggunakan protokol rangkaian biasa.
Ringkasan paket diberikan untuk TCP, UDP, IP, ICMP, IGMP, IPSEC, IP6, ICMP6, IPSEC6 dan PFKEY.
Pada Mac anda, buka app Utiliti Rangkaian yang terletak dalam folder /Sistem/Pustaka/CoreServices/Applications.
Klik Nestat, pilih jenis maklumat yang anda mahu lihat, kemudian klik butang Netstat.
Bagi membantu mentafsirkan hasil, atau untuk mendapatkan maklumat tentang perintah pendasar netstat dan cara anda boleh menggunakannya untuk menghasilkan laporan lain, buka Terminal (dalam Aplikasi > Utiliti) kemudian taipkan netstat di baris perintah.