Pada Mac anda, gunakan seting Fokus untuk menyediakan Fokus yang boleh meminimumkan gangguan perhatian dengan menjeda dan menyenyapkan semua pemberitahuan atau membenarkan pemberitahuan hanya daripada orang atau app tertentu. Ketahui cara untuk menyediakan Fokus.
Untuk menukar seting ini, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Fokus dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Senarai menunjukkan setiap Fokus yang anda tambah atau cipta pada Mac anda dan pada peranti Apple anda yang lain (jika anda mengaktifkan “Kongsi merentas peranti”). Fokus Jangan Ganggu sentiasa tersedia.
Klik Fokus untuk menukar setingnya atau untuk mengeluarkannya. Lihat Seting profil Fokus di bawah.
Tambah Fokus
Cipta Fokus baharu.
Tambah Fokus disediakan: Klik Tambah Fokus, kemudian klik nama Fokus disediakan yang anda mahu gunakan (seperti Permainan atau Kerja).
Cipta Fokus tersuai: Klik Tambah Fokus, klik Tersuai, masukkan nama untuk Fokus, pilih warna dan ikon, kemudian klik OK.
Maklumkan kenalan yang menghantar mesej kepada anda bahawa anda telah menyenyapkan pemberitahuan. Jika sesuatu adalah penting, mereka boleh memilih untuk memaklumkan anda.
Untuk berkongsi status anda, klik “Status fokus”, aktifkan “Kongsi status Fokus”, kemudian aktifkan setiap Fokus yang anda mahu kongsikan status anda.
Jika anda tidak mahu berkongsi status anda, klik “Status fokus”, kemudian nyahaktifkan “Kongsi status Fokus”.
Seting profil Fokus
Pilihan
Perihalan
Nama Fokus
Klik ikon untuk menukar nama, warna, atau ikon Fokus tersuai. Anda tidak boleh menukar seting ini untuk Fokus disediakan.
Benarkan Pemberitahuan
Menyenaraikan orang dan app yang pemberitahuannya dibenarkan apabila Fokus yang dipilih aktif.
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Benarkan atau senyapkan pemberitahuan daripada orang dipilih: Klik Orang Dibenarkan, klik menu timbul bersebelahan Pemberitahuan, kemudian pilih Benarkan Sesetengah Orang atau Senyapkan Sesetengah Orang. Klik Tambah Orang, Command-klik orang yang anda mahu tambah, pilih seting untuk panggilan, kemudian klik Selesai.
Untuk mengeluarkan orang yang anda tambah, klik orang yang anda mahu keluarkan, kemudian klik butang Keluarkan .
Benarkan atau senyapkan pemberitahuan daripada app dipilih: Klik App Dibenarkan, klik menu timbul bersebelahan Pemberitahuan, kemudian pilih Benarkan Sesetengah App atau Senyapkan Sesetengah App. Klik Tambah, Command-klik app yang anda mahu tambah, kemudian klik Tambah. Aktifkan atau nyahaktifkan Pemberitahuan Sensitif Masa, kemudian klik Selesai.
Untuk mengeluarkan app yang anda tambah, klik app yang anda mahu keluarkan, kemudian klik butang Keluarkan .
Setkan Jadual
Jadikan Fokus diaktifkan secara automatik pada masa disetkan, lokasi atau semasa menggunakan app tertentu.
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Tambah automasi: Klik Tambah Jadual, kemudian pilih untuk menjadualkan Fokus berdasarkan masa, lokasi, atau app. Dalam tetingkap Automasi, pilih masa dan hari, cari lokasi, atau pilih app, kemudian klik Selesai.
Anda mesti mendayakan Lokasi Perkhidmatan dalam seting Privasi untuk menggunakan lokasi. Fokus Permainan disetkan secara lalai untuk diaktifkan apabila pengawal wayarles Bluetooth disambungkan dengan Mac anda.
Edit automasi: Klik automasi dalam senarai, tukar seting, kemudian klik Selesai.
Berhenti menggunakan automasi buat sementara: Klik automasi dalam senarai, kemudian nyahaktifkannya. Untuk menggunakan automasi lagi, aktifkannya semula.
Padam automasi: Klik automasi dalam senarai, kemudian klik Padam Jadual.
Penapis Fokus
Sesuaikan cara Kalendar, Mail, Mesej atau Safari bertindak apabila Fokus ini aktif.
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Tambah penapis Fokus: Klik Tambah Penapis, klik app yang anda mahu sediakan penapis Fokus, pilih pilihan, kemudian klik Tambah.
Keluarkan penapis Fokus: Klik penapis, kemudian klik Padam Penapis App.
Edit penapis Fokus: Klik penapis, buat perubahan, kemudian klik Selesai.
Berhenti menggunakan penapis Fokus buat sementara: Klik penapis, nyahaktifkannya, kemudian klik Selesai. Untuk menggunakan penapis Fokus lagi, aktifkannya semula.
Padam Fokus
Keluarkan Fokus.
Fokus tersuai dipadamkan. Fokus yang disediakan, seperti Membaca dan Sedar Minda, dikeluarkan daripada senarai tetapi masih tersedia untuk ditambah semula kemudian.