Tukar keutamaan cache kandungan pada Mac
Gunakan anak tetingkap Cache Kandungan daripada keutamaan Perkongsian untuk mengurus cache kandungan pada Mac anda. Anda boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan cache kandungan, pilih item yang anda mahu cache, setkan saiz cache dan sediakan pilihan cache kandungan tambahan untuk rangkaian anda. Untuk ketahui selanjutnya, lihat Apakah cache kandungan pada Mac?.
Untuk menukar keutamaan ini pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Perkongsian, kemudian pilih Cache Kandungan.
Buka keutamaan Perkongsian untuk saya
Penting: Setiap cache kandungan mesti mempunyai sama ada alamat IP setempat yang mematuhi RFC 1918, atau alamat IP setempat bukan RFC 1918 yang sama seperti alamat IP awam. Cache kandungan tidak disokong pada rangkaian yang menggunakan pengalamatan setempat bukan RFC 1918 dan pengalamatan awam bukan RFC 1918 berbeza.
Alamat IP setempat yang mematuhi RFC 1918 berada dalam julat berikut:
10.0.0.0 ke 10.255.255.255 (10/8 awalan)
172.16.0.0 ke 172.31.255.255 (172.16/12 awalan)
192.168.0.0 ke 192.168.255.255 (192.168/16 awalan)
Penting: Cache kandungan hanya berfungsi apabila Mac anda berjaga. Untuk menghalang Mac anda daripada tidur, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Penjimat Kuasa, kemudian pilih kotak semak “Elakkan komputer daripada tidur secara automatik apabila paparan tidak aktif”. Untuk memastikan komputer tidak berkepala terus berjaga, anda boleh menggunakan utiliti baris perintah caffeinate
dalam Terminal.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Cache Kandungan | Untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan cache kandungan, pilih atau nyahpilih kotak semak Cache Kandungan dalam senarai perkhidmatan. Warna penunjuk status Cache Kandungan:
| ||||||||||
Cache | Pilih item yang anda mahu cache:
| ||||||||||
Kongsi | Pilih kotak semak Sambungan Internet untuk berkongsi sambungan Internet dan cache kandungan dengan peranti iOS yang disambungkan ke Mac ini menggunakan USB. | ||||||||||
Pilihan atau Pilihan Lanjutan | Klik Pilihan untuk setkan saiz cache. Tekan dan tahan kekunci Option, kemudian klik Pilihan, atau Pilihan Lanjutan untuk setkan pilihan bagi saiz cache dan cache kadungan klien, setara dan induk. |