Lihat Penggunaan App dalam seting Masa Skrin pada Mac
Gunakan seting Penggunaan App dalam Masa Skrin untuk melihat statistik tentang cara anda menggunakan app pada semua peranti Apple anda.
Untuk melihat penggunaan app pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Masa Skrin dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.) Klik menu timbul Ahli Keluarga di sebelah kanan dan pilih ahli keluarga (jika anda menggunakan Perkongsian Keluarga), kemudian klik Penggunaan App.
Gunakan menu timbul Peranti untuk memilih peranti yang anda mahu paparkan statistik.
Paparkan statistik untuk satu peranti: Klik menu timbul Peranti, kemudian pilih peranti.
Paparkan statistik yang digabungkan untuk semua peranti: Klik menu timbul Peranti, kemudian pilih Semua Peranti.
Pilihan ini tersedia jika anda atau ahli keluarga mengesetkan Masa Skrin pada berbilang peranti.
Tarikh
Gunakan butang Hari Ini, butang anak panah kiri atau kanan dan menu timbul Tarikh untuk memilih hari atau minggu yang anda mahu memaparkan statistik.
Tunjukkan statistik untuk hari ini: Klik butang Hari Ini.
Tunjukkan statistik untuk hari sebelumnya: Klik butang anak panah kiri atau kanan untuk menukar tarikh.
Tunjukkan statistik untuk minggu ini: Klik butang Hari Ini, kemudian klik menu timbulTimbul dan pilih Minggu Ini.
Tunjukkan statistik untuk minggu sebelumnya: Gunakan butang anak panah kiri untuk memilih tarikh dalam minggu lalu, kemudian klik menu timbul Tarikh dan pilih Minggu Lalu.
Tunjukkan statistik untuk minggu sebelumnya: Gunakan butang anak panah kiri untuk memilih tarikh dalam minggu sebelumnya, kemudian klik menu timbul Tarikh dan pilih minggu.
Tukar paparan antara hari dan minggu: Klik menu timbul Tarikh dan pilih hari atau minggu.
Tunjukkan
Lihat statistik untuk app atau kategori app.
Paparkan statistik untuk app: Klik menu timbul di bawah carta, pilih Tunjukkan App, kemudian pilih app atau Semua App.
Paparkan statistik untuk kategori app: Klik menu timbul di bawah carta, pilih Tunjukkan Kategori, kemudian pilih kategori atau Semua Kategori.
Setkan had masa untuk app atau kategori app: Letakkan penuding ke atas baris di bawah lajur Had, kemudian klik butang Tambah Had .
Dapatkan maklumat tentang app: Letakkan penuding ke atas baris di bawah lajur Had, kemudian klik butang Info . Maklumat yang diberikan berbeza mengikut app dan mungkin menyertakan kategori app, penilaian umur, had masa dan baki masa.