Cetak halaman dalam tertib biasa, tertib terbalik, atau sebagai halaman ganjil atau genap pada Mac
Apabila anda mencetak dokumen, anda boleh memilih untuk mencetaknya dalam tertib biasa atau tertib terbalik dari halaman terakhir ke halaman pertama. Anda juga boleh memilih untuk mencetak hanya halaman ganjil atau genap yang mungkin berguna apabila anda mahu mencetak dokumen dwimuka, tetapi pencetak anda hanya mencetak halaman satu muka. Anda kemudian boleh mencetak halaman genap untuk keseluruhan dokumen, kemudian menterbalikkan halaman dicetak dan mencetak halaman ganjil pada sisi yang lain.
Dengan dokumen terbuka pada Mac anda, pilih Fail > Cetak.
Skrol ke bawah dalam dialog Cetak dan klik Pengendalian Kertas.
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Helaian Dikolat: Aktifkan pilihan ini untuk mencetak dokumen lengkap dari halaman pertama hingga terakhir sebelum mencetak salinan lain. Nyahaktifkan pilihan ini untuk mencetak berbilang salinan untuk setiap halaman—contohnya, tiga halaman pertama, tiga halaman kedua dan seterusnya.
Helaian untuk Dicetak: Pilih untuk mencetak semua halaman mengikut tertib atau hanya halaman ganjil atau genap.
Tertib Helaian: Pilih untuk mencetak halaman dalam tertib biasa atau terbalik, atau hanya gunakan tertib automatik lalai. Dalam tertib terbalik, halaman terakhir dicetak dahulu.
Klik Cetak.