![](https://help.apple.com/assets/63BCA927AAE78C58DD7FBE35/63BCA92EAAE78C58DD7FBE76/ms_MY/05f95b27cb8a80f8cb48fa2952fe2bdc.png)
Tukar seting Touch Bar pada Mac
Bergantung pada model Mac anda, atau jika anda menggunakan Magic Keyboard, anda boleh menukar pilihan untuk kelakuan Touch Bar dan Control Strip dalam anak tetingkap seting Touch Bar daripada seting Papan Kekunci.
Untuk membuka anak tetingkap, pilih menu Apple dalam bar sisi (anda mungkin perlu skrol ke bawah), kemudian klik Seting Touch Bar di sebelah kanan.
Buka seting Papan Kekunci untuk saya
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Touch Bar menunjukkan | Pilih perkara yang ditunjukkan dalam Touch Bar:
| ||||||||||
Tunjukkan Control Strip | Sertakan Control Strip dalam Touch Bar. Pilihan ini tidak tersedia apabila Touch Bar menunjukkan Control Strip yang dikembangkan atau kekunci F1, F2 dan lain-lain. | ||||||||||
Tekan dan tahan kekunci fn untuk atau Tekan dan tahan kekunci | Pilih perkara yang berlaku apabila anda menekan dan menahan kekunci pada papan kekunci. Pilihan berbeza bergantung pada perkara yang ditunjukkan oleh Touch Bar. | ||||||||||
Tunjukkan cadangan menaip | Paparkan cadangan penaipan dalam Touch Bar semasa anda menaip. Semasa menaip, anda boleh memaparkan senarai perkataan dicadangkan atas skrin dengan menekan F5 (anda juga mungkin perlu menekan kekunci Fn, bergantung pada model Mac anda). | ||||||||||
Sesuaikan Control Strip | Tukar item yang disertakan dalam Control Strip. Lihat Sesuaikan Touch Bar. |
Untuk sentiasa menunjukkan kekunci fungsi (F1, F2, dll.) dalam Touch Bar untuk app tertentu, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Papan Kekunci dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.) Klik Pintasan Papan Kekunci di sebelah kanan, klik Pintasan, pilih Kekunci Fungsi dalam senarai di sebelah kiri, kemudian tambahkan app di sebelah kanan.
Untuk boleh mengakses sambungan daripada Tindakan Cepat dalam Touch Bar, anda mesti mendayakannya dahulu. Lihat Tukar seting Sambungan.