Aktifkan ciri kebolehcapaian iPhone atau iPad menggunakan Mac anda
iPhone, iPad, atau iPod touch anda menyertakan banyak ciri kebolehcapaian yang memudahkan anda untuk menggunakan peranti anda jika anda mengalami ketidakupayaan visual, pendengaran, atau kecacatan fizikal yang lain.
Ciri kebolehcapaian berikut tersedia pada iPhone (3GS atau lebih baru), iPad, atau iPod touch (generasi ke-3 atau lebih baru):
VoiceOver
Zum
Gunakan paparan putih atas hitam
Sebutkan Teks auto
Audio mono
Ciri kebolehcapaian ini berfungsi dengan semua app yang diprapasang pada peranti dan juga banyak app yang dimuat turun daripada App Store.
Aktifkan ciri kebolehcapaian
Sambungkan peranti anda kepada Mac anda.
Anda boleh menyambungkan peranti anda menggunakan kabel USB atau USB-C atau menggunakan sambungan Wi-Fi. Untuk mengaktifkan penyelarasan Wi-Fi, lihat Selaraskan kandungan antara Mac anda dan iPhone atau iPad anda menerusi Wi-Fi.
Dalam Finder pada Mac anda, pilih peranti dalam bar sisi Finder.
Pilih Umum dalam bar butang.
Klik Konfigurasikan Kebolehcapaian.
Pilih ciri kebolehcapaian yang anda mahu gunakan, kemudian klik OK.
Anda juga boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan ciri kebolehcapaian menggunakan seting Kebolehcapaian pada peranti anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat dokumentasi yang disertakan dengan peranti anda.