Gunakan anak tetingkap Keizinan daripada keutamaan Bilik Darjah untuk memilih keutamaan anda untuk menyertai kelas dan untuk memilih sama ada untuk membenarkan guru mengawal Mac anda, mengunci Mac anda, melihat skrin anda dan berkongsi skrin anda menggunakan AirPlay. Seting dalam anak tetingkap Keizinan digunakan untuk semua kelas anda.
Untuk menukar keutamaan ini pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Bilik Darjah, kemudian klik Keizinan.
Nota: Jika kelas anda dipasang oleh sistem pengurusan peranti mudah alih (MDM), anak tetingkap Keizinan mungkin tidak tersedia, atau mungkin tidak menyediakan semua pilihan yang disenaraikan di bawah.
Pilihan
Perihalan
Sertai kelas
Selepas anda menyertai kelas, guru boleh mengakses dan mengawal Mac anda semasa kelas berlangsung. Contohnya, guru boleh membuka app, tapak web dan dokumen pada Mac anda. Anda boleh memilih untuk menyertai kelas secara automatik atau manual.
Secara Automatik: Kelas akan disertai secara automatik apabila guru memulakan kelas.
Secara Manual: Anda akan digesa untuk menyertai kelas apabila guru meminta kawalan Mac anda.
Kunci Mac
Anda boleh memilih sama ada untuk membenarkan guru mengunci Mac anda. Apabila guru mengunci Mac, anda tidak boleh menggunakannya sehingga guru membuka kuncinya. Anda boleh memilih Sentiasa, Minta, atau Jangan.
Sentiasa: Guru boleh mengunci Mac anda tanpa meminta keizinan.
Minta: Guru mesti meminta keizinan untuk mengunci Mac anda. Apabila keizinan diminta, anda boleh memilih Sentiasa Benarkan, Tolak, atau Benarkan.
Jika anda memilih Sentiasa Benarkan, Mac anda dikunci hingga guru membuka kuncinya, seting Kunci Mac dalam anak tetingkap Keizinan daripada keutamaan Bilik Darjah ditukar kepada Sentiasa dan anda tidak akan diminta keizinan lagi.
Jika anda memilih Tolak, guru dimaklumkan bahawa anda menolak keizinan untuk mengunci Mac anda dan anda akan ditanya pada kali seterusnya guru mahu mengunci Mac anda.
Jika anda memilih Benarkan, Mac anda dikunci hingga guru membuka kuncinya dan anda akan ditanya pada kali seterusnya guru mahu mengunci Mac anda.
Jangan: Guru tidak boleh mengunci Mac anda. Jika guru cuba mengunci Mac, anda tidak dimaklumkan atau diminta keizinan dan guru dimaklumkan bahawa anda menolak keizinan untuk mengunci Mac anda.
AirPlay dan Melihat Skrin
Anda boleh memilih sama ada untuk membenarkan guru melihat skrin anda dan menggunakan AirPlay untuk menstrim kandungan daripada Mac anda ke Apple TV. Anda boleh memilih Sentiasa, Minta, atau Jangan.
Sentiasa: Guru boleh melihat dan berkongsi skrin anda tanpa meminta keizinan.
Minta: Guru mesti meminta keizinan untuk melihat atau berkongsi skrin anda. Apabila keizinan diminta, anda boleh memilih Sentiasa Benarkan, Tolak, atau Benarkan.
Jika anda memilih Sentiasa Benarkan, guru boleh melihat atau berkongsi skrin anda, seting AirPlay dan Lihat Skrin dalam anak tetingkap Keizinan daripada keutamaan Bilik Darjah ditukar kepada Sentiasa dan anda tidak akan diminta keizinan lagi.
Jika anda memilih Tolak, guru dimaklumkan bahawa anda menolak keizinan untuk melihat atau berkongsi skrin anda dan anda akan ditanya pada kali seterusnya guru mahu melihat atau berkongsi skrin anda.
Jika anda memilih Benarkan, guru boleh melihat atau berkongsi skrin anda dan anda akan ditanya pada kali seterusnya guru mahu melihat atau berkongsi skrin anda.
Jangan: Guru tidak boleh melihat atau berkongsi skrin anda. Jika guru cuba melihat atau berkongsi skrin, anda tidak dimaklumkan atau diminta keizinan dan guru dimaklumkan bahawa anda menolak keizinan untuk melihat atau berkongsi skrin anda.
Apabila guru melihat atau memaparkan skrin, anda akan melihat ikon AirPlay pada nama atau gambar guru dalam anak tetingkap Kelas daripada keutamaan Bilik Darjah dan ikon AirPlay dalam bar menu bertukar biru.