Sesuaikan bar sisi Finder pada Mac
Anda boleh memilih perkara yang anda mahu lihat dalam bar sisi Finder.
Pada Mac anda, klik ikon Finder dalam Dock untuk membuka tetingkap Finder.
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Sembunyikan atau tunjukkan bar sisi: Pilih Paparan > Sembunyikan Bar Sisi, atau Paparan > Tunjukkan Bar Sisi, dalam bar menu. (Jika Tunjukkan Bar sisi di malapkan, pilih Paparan > Tunjukkan Bar Alat.)
Saiz semula bar sisi: Seret sisi kanan bar pemisah ke kanan atau kiri.
Tukar item yang ada dalam bar sisi: Pilih Finder > Seting, klik Bar Sisi, kemudian pilih atau nyahpilih item.
Atur semula item dalam bar sisi: Seret item ke lokasi baharu.
Tunjuk atau sembunyikan semua item dalam satu bahagian bar sisi: Letakkan penuding di atas pengepala bahagian sehingga butang Sembunyikan atau butang Tunjukkan muncul, kemudian klik butang. Contohnya, untuk menyembunyikan Kegemaran anda buat sementara, letakkan penuding ke atas pengepala Kegemaran dalam bar sisi, kemudian klik butang Sembunyikan .
Tambah folder atau cakera ke bar sisi: Seret item ke bahagian Kegemaran. Jika anda tidak melihat bahagian Kegemaran, pilih Finder > Seting, klik Bar Sisi, kemudian pilih sekurang-kurangnya satu item dalam bahagian Kegemaran.
Menambah item ke bar sisi Finder hanya mencipta pintasan ke item; item tidak dialihkan daripada lokasi asalnya.
Tambah fail ke bar sisi: Tekan dan tahan kekunci Command, kemudian seret fail ke bahagian Kegemaran. Jika anda tidak melihat bahagian Kegemaran, pilih Finder > Seting > Bar Sisi, kemudian pilih sekurang-kurangnya satu item dalam bahagian Kegemaran.
Menambah fail ke bar sisi Finder hanya mencipta pintasan ke fail; fail tidak dialihkan daripada lokasi asalnya.
Tambah app ke bar sisi: Tekan dan tahan kekunci Command, kemudian seret ikon app ke bahagian Kegemaran.
Keluarkan item: Seret ikon item keluar daripada bar sisi sehingga anda melihat tanda keluarkan .
Pautan ke item dalam bar sisi hilang, namun item kekal di lokasi asal pada Mac anda.
Untuk menukar seting Finder lain, pilih Finder > Seting. Lihat Tukar seting Finder.