Keluar daripada app pada Mac
Mudah untuk keluar dari app atau pastikan app tidak buka semula apabila anda mula semula Mac anda.
Petua: Anda boleh membuka beberapa app sekali gus—anda tidak perlu keluar dari app apabila anda selesai bekerja dalamnya.
Keluar daripada app
Semasa dalam app, pilih Nama App > Keluar daripafa App dalam bar menu. Sebagai contoh, pilih Mail > Keluar dari Mail.
Nota: Apabila anda klik butang tutup merah di sudut atas kiri tetingkap app, tetingkap ditutup, tetapi app kekal terbuka. Lihat Uruskan tetingkap.
Setkan semua tetingkap app untuk tutup apabila keluar dari app
Secara lalai, apabila anda membuka semula app, sebarang tetingkap dibuka apabila anda keluar dari app buka semula. Jika anda suka, anda boleh mendapatkan tetingkap ditutup apabila anda keluar daripada app.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Umum.
Pilih “Tutup tetingkap apabila keluar daripada app”.
Keluar dari semua app apabila anda mula semula, tutup atau log keluar
Pada Mac anda, pilih menu Apple , kemudian pilih Mula Semula, Tutup, atau Log Keluar.
Untuk lebih banyak cara bagi mulakan semula, tutup dan log keluar, lihat Log keluar, tidur, mulakan semula, atau tutup Mac anda.
Dalam dialog yang muncul, nyahpilih “Buka semula tetingkap apabila log masuk semula.”
Jika app tidak keluar seperti yang dijangkakan, anda boleh keluar paksa app (anda mungkin kehilangan perubahan yang tidak disimpan). Pilih menu Apple > Keluar Paksa, pilih app dalam dialog yang muncul, kemudian klik Keluar Paksa.