Nyahaktifkan Cadangan Spotlight pada Mac
Apabila anda menyahaktifkan Cadangan Spotlight, Spotlight hanya mencari kandungan Mac anda; ia tidak lagi mencari dalam web. Anda juga boleh menyahaktifkan Perkhidmatan Lokasi untuk Spotlight.
Nyahaktifkan Cadangan Spotlight
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Spotlight, kemudian klik Hasil Carian.
Nyahpilih kotak semak “Benarkan Cadangan Spotlight dalam Rujuk“.
Dalam senarai, nyahtandakan kotak semak Cadangan Spotlight.
Kini Spotlight hanya mencari kandungan Mac anda sahaja. Rujuk hanya mencari kamus didayakan pada Mac anda sahaja.
Nyahaktifkan Perkhidmatan Lokasi untuk Cadangan Spotlight
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Keselamatan & Privasi, kemudian klik Privasi.
Klik ikon kunci untuk membuka kunci anak tetingkap, kemudian masukkan nama pentadbir dan kata laluan.
Klik Perkhidmatan Lokasi dalam bar sisi, klik Butiran bersebelahan Perkhidmatan Sistem, kemudian nyahpilih kotak semak Lokasi Berdasarkan Cadangan.