Tukar seting Siri untuk kebolehcapaian pada Mac
Pada Mac anda, gunakan seting Siri untuk kebolehcapaian bagi menaip permintaan anda kepada Siri berbanding menuturnya. Ciri ini berguna jika pertuturan sukar atau anda tidak mahu orang lain untuk mendengar permintaan Siri anda.
Untuk menukar seting ini, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Kebolehcapaian dalam bar sisi, kemudian klik Siri di sebelah kanan. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Buka seting Siri untuk kebolehcapaian untuk saya
Pilihan | Perihalan |
---|---|
Taip ke Siri | Taip permintaan anda pada Siri berbanding menyebutnya. Jika set kepala dengan mikrofon disambungkan ke Mac anda, Siri menyebut perintah yang anda taipkan. |
Seting Siri | Pilihan tambahan, seperti mengesetkan pintasan papan kekunci untuk mengaktifkan Siri, tersedia dalam seting Siri & Spotlight. Untuk menyahaktifkan balasan dituturkan daripada Siri, menunjukkan perkara yang Siri sebutkan pada skrin dan menunjukkan perkara yang anda sebutkan kepada Siri pada skrin, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Siri & Spotlight dalam bar sisi, kemudian klik Respons Siri di sebelah kanan. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.) |