
Kawal penuding menggunakan Inap pada Mac
Jika anda mendayakan Papan kekunci Kebolehcapaian, anda boleh gunakan Inap, yang membolehkan anda melaksanakan tindakan tetikus menggunakan teknologi penjejakan mata atau kepala. Anda boleh mengakses tindakan inap dengan mudah, seperti Klik Kiri, dalam Papan Kekunci Kebolehcapaian dan panel tersuai atau dalam bar menu.

Selepas anda memilih tindakan inap, anda rehat atau inap, untuk jumlah masa yang disetkan (dipanggil masa inap) pada item yang anda mahu klik, seret, atau skrol, kemudian tindakan dilaksanakan.
Aktifkan Inap
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Keutamaan Sistem, klik Kebolehcapaian, kemudian klik Papan Kekunci.
Klik Papan Kekunci Kebolehcapaian, kemudian pastikan Dayakan Papan Kekunci Kebolehcapaian dipilih.
Untuk mendapatkan maklumat tentang pilihan Papan Kekunci Kebolehcapaian, klik butang Bantuan
di penjuru kanan bawah anak tetingkap.
Klik Pilihan, klik Inap, kemudian pilih “Benarkan bar alat tindakan Inap dalam panel” atau “Tunjukkan tindakan inap dalam bar menu,” atau kedua-duanya.
Bergantung pada kotak semak yang anda pilih, bar alat Inap muncul merentasi bahagian atas Papan Kekunci Kebolehcapaian dan panel tersuai, atau menu status Inap muncul dalam bar menu, atau kedua-duanya.
Anda juga boleh mengaktifkan pilihan ini daripada Papan Kekunci Kebolehcapaian. Di penjuru kanan atas papan kekunci, klik butang Pilihan Panel , pilih Inap, kemudian pilih pilihan.
Tindakan inap
Bergantung pada di mana anda memilih untuk menunjukkan tindakan inap, mereka tersedia dalam Papan Kekunci Kebolehcapaian dan panel tersuai atau status menu Inap dalam bar menu.
Selepas anda memilih tindakan, inap pada tempat yang anda mahu tindakan dilaksanakan—contohnya, pada kotak semak atau imej. Penuding inap muncul di atas item dan kira detik masa inap bermula (bulatan penuding mula bertukar putih). Apabila kira detik tamat, tindakan dilaksanakan.
Nota: Jika anda tidak mahu melihat kira detik masa inap pada skrin, pilih “Sembunyikan penunjuk masa inap” dalam Pilihan Inap.
Klik Kiri
: Melaksanakan klik kiri apabila anda inap pada item.
Dwiklik
: Melaksanakan dwiklik apabila anda inap pada item.
Klik Kanan
: Melaksanakan klik kanan apabila anda inap pada item.
Seret & Lepas
: Menyeret dan melepaskan item yang anda inap padanya.
Apabila kira detik tamat, penuding menunjukkan yang item boleh diseret. Semasa anda inap di tempat anda mahu lepaskan item, item beralih ke sana, kira detik bermula dan apabila tamat, item dilepaskan.
Menu Skrol
: Skrol item yang anda inap padanya.
Pastikan kandungan yang anda inap padanya boleh diskrol, contohnya halaman web atau dokumen. Apabila kira detik tamat, penunjuk skrol muncul pada atas, bawah dan tepi kandungan (bergantung pada cara ia boleh diskrol). Inap pada penunjuk skrol untuk skrol dalam arah itu.
Menu Pilihan
: Tunjukkan Menu Pilihan apabila anda inap pada item.
Apabila anda memilih tindakan dari menu Pilihan, ia digunakan sekali sahaja—tindakan itu tidak diulangi. Lihat Gunakan menu Pilihan di bawah.
Jeda
: Jeda dan jangan ambil tindakan semasa anda bergerak pada skrin atau inap pada item. Tindakan ini berguna apabila anda tidak mahu mengambil tindakan, contohnya untuk membaca halaman web atau menonton filem.
Apabila anda sedia untuk menyambung dan melaksanakan tindakan inap semula, inap pada sebarang tindakan inap dalam Papan Kekunci Kebolehcapaian. Jika Papan Kekunci Kebolehcapaian tersembunyi, inap pada penjuru pantas ditetapkan untuk menunjukkannya (seperti disetkan dalam keutamaan Papan Kekunci Kebolehcapaian).
Warna penunjuk skrol dalam Menu Skrol ditentukan oleh warna serlahan yang disetkan dalam keutamaan sistem Umum. Untuk menukar warna serlahan, pada Mac anda pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Umum.
Gunakan menu status Inap
Jika anda memilih untuk menunjukkan tindakan inap dalam bar menu, anda boleh mengakses tindakan inap dengan mudah menggunakan menu status Inap. Ikon yang ditunjukkan dalam bar menu berubah apabila anda menggunakan tindakan inap berlainan.

Menu status Inap ini berguna untuk mengubah tindakan inap apabila Papan Kekunci Kebolehcapaian atau panel lain tersembunyi. Klik kiri untuk memilih tindakan sentiasa dilaksanakan dalam menu status, tanpa mengira tindakan inap semasa.
Buka menu: Inap pada menu status pada bar menu. Penuding
muncul di atas menu status dan kira detik masa inap bermula (bulatan penuding bertukar putih). Apabila kira detik tamat, menu dibuka.
Nota: Jika anda tidak mahu melihat kira detik masa inap pada skrin, pilih “Sembunyikan penunjuk masa inap” dalam Pilihan Inap.
Pilih tindakan dari menu: Inap pada tindakan. Apabila kira detik tamat, tindakan dipilih.
Gunakan menu Pilihan
Anda boleh menggunakan menu Pilihan untuk bertukar antara pelbagai tindakan inap. Apabila anda memilih tindakan dari menu Pilihan, ia digunakan sekali sahaja—tindakan itu tidak diulangi.

Petua: Rerambut silang di tengah menu Pilihan menunjukkan lokasi sasaran di mana tindakan akan dilaksanakan.
Pilih tindakan: Dalam menu, inap pada tindakan yang anda mahu pilih—contohnya, tindakan dwiklik. Penuding
muncul di atas butang dan kira detik masa inap bermula (bulatan penuding bertukar putih). Apabila kira detik tamat, butang dipilih dan tindakan dilaksanakan di lokasi sasaran.
Menu pilihan hilang dari skrin apabila tindakan dilaksanakan, tetapi muncul semula apabila anda inap pada item lain, supaya anda boleh pilih tindakan lain.
Nota: Jika anda tidak mahu melihat kira detik masa inap pada skrin, pilih “Sembunyikan penunjuk masa inap” dalam Pilihan Inap.
Tutup menu: Inap pada butang tutup di bahagian bawah menu. Apabila kira detik tamat, menu Pilihan ditutup.
Jika anda dalam panel tersuai dan mahu kembali ke Papan Kekunci Kebolehcapaian atau panel utama, klik ikon utama di penjuru kanan atas panel.
Anda boleh gunakan Editor Panel untuk mencipta panel tersuai untuk memperkemas tugas dan tindakan biasa untuk app.
Petua: Anda boleh setkan pilihan untuk membuatkan Papan Kekunci Kebolehcapaian atau panel utama ditunjukkan apabila anda inap pada penjuru skrin. Untuk setkan sudut pantas, pada Mac anda pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Kebolehcapaian, klik Papan Kekunci, klik Papan Kekunci Kebolehcapaian, klik Pilihan, kemudian klik Sudut Pantas.