Cipta kosa kata tersuai untuk Kawalan Suara pada Mac
Jika anda menggunakan Kawalan Suara dengan bahasa yang menyokong kosa kata tersuai, anda boleh menambah perkataan dan frasa ke kosa kata supaya lebih mudah untuk bekerja dengan app atau dokumen khusus. Sebagai contoh, jika anda menggunakan perisian CAD atau bekerja dengan dokumen perubatan, anda boleh memasukkan istilah seperti DIMSTYLE atau hemianopsia untuk memastikan perkataan dimasukkan dengan betul apabila menggunakan Kawalan Suara.
Tambah istilah kosa kata
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Kebolehcapaian, kemudian klik Kawalan Suara.
Klik Kosa Kata.
Jika pilihan dimalapkan, bahasa yang dipilih tidak menyokong kosa kata tersuai; cuba pilih bahasa lain.
Klik butang Tambah , kemudian taipkan perkataan atau frasa seperti yang anda mahu ia dimasukkan apabila anda menyebutnya.
Klik Simpan, kemudian klik Simpan lagi.
Petua: Tambah istilah kosa kata dengan cepat semasa anda bekerja dengan menyebut perintah. Pilih perkataan atau frasa yang anda mahu tambahkan, kemudian sebut “Tambah ke kosa kata”.
Padam perkataan atau frasa kosa kata
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Kebolehcapaian, kemudian klik Kawalan Suara.
Klik Kosa Kata.
Pilih perkataan dan frasa yang anda mahu padamkan, kemudian klik butang Keluarkan .
Klik Simpan.