Balas permintaan pengurusan kenalan dalam Masa Skrin pada Mac
Dalam Masa Skrin pada Mac anda, ibu bapa atau penjaga anda boleh meminta untuk mengurus kenalan iCloud anda dan anda boleh memilih untuk meluluskan atau menolak permintaan. Dengan kelulusan anda, orang yang mengurus kenalan anda boleh melihat, mengedit, menambah atau mengeluarkan kenalan iCloud anda. Anda boleh menukar maklumat dalam kenalan iCloud anda sebelum anda meluluskan permintaan.
Pada Mac anda, log masuk ke akaun pengguna Mac anda, kemudian pastikan anda mendaftar masuk dengan Apple ID anda.
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Masa Skrin .
Klik Permintaan dalam bar sisi.
Dalam dialog Permintaan Pengurusan Kenalan, lakukan satu daripada yang berikut:
Luluskan permintaan: Klik Luluskan.
Tolak permintaan: Klik Jangan Luluskan.