![](https://help.apple.com/assets/5EF110D6680CE23B38350954/5EF110E3680CE23B3835095C/ms_MY/de2b2b5574a8b3fd1fdb37f72123c104.png)
Gunakan tindihan nombor dan grid dengan Kawalan Suara pada Mac
Dalam kebanyakan kes, anda boleh berinteraksi dengan item pada skrin menggunakan perintah Kawalan Suara dan nama item—contohnya, “Klik OK”. Apabila nama item tidak nyata atau anda perlu berinteraksi dengan kawasan skrin, anda boleh menindihkan skrin dengan nombor atau grip supaya lebih mudah untuk memilih item atau menavigasi skrin.
Penting: Pastikan perintah yang diterangkan di bawah didayakan dalam keutamaan Kawalan Suara. Lihat Dayakan, nyahdayakan dan cipta perintah.
Gunakan nombor
Sebutkan perintah “Tunjukkan nombor”.
Perintah ini memaparkan nombor bersebelahan setiap item dalam dialog atau tetingkap supaya anda boleh menyebut nombor untuk berinteraksi dengan item. (Nombor sentiasa ditunjukkan untuk item dalam menu.)
Untuk berinteraksi dengan item, sebut perintah, diikuti dengan nombor item. Sebagai contoh, “Klik 19”.
Nombor hilang.
Anda boleh menggunakan pelbagai perintah untuk berinteraksi dengan item, seperti Klik, Dwiklik, Klik tiga kali, atau Tekan lama. Untuk melihat semua perintah bertindih yang tersedia, sebut “Tunjukkan perintah” untuk memaparkan tetingkap Perintah.
Jika anda tidak berinteraksi dengan item, sebut “Sembunyikan nombor” untuk menjadikan nombor tidak kelihatan, atau sebutkan perintah lain.
Gunakan grid
Sebutkan perintah “Tunjukkan grid” (untuk memaparkan grid ke atas keseluruhan desktop) atau “Tunjukkan grid tetingkap” (untuk memaparkan grid hanya ke atas tetingkap aktif).
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Berinteraksi dengan lokasi pada grid: Jika nombor berada di lokasi yang anda mahu berinteraksi, sebutkan sebarang perintah dengan nombor grid. Sebagai contoh, “Klik 15” atau “Zum pada 11”.
Cari dalam kawasan grid: Jika anda perlu memperhalus lokasi, sebutkan nombor grid untuk mencari dalam kawasan tersebut. Anda boleh mencari berbilang kali; tetingkap berasingan mungkin dipaparkan untuk menunjukkan kawasan dengan lebih terperinci. Apabila kawasan tidak boleh dicari lagi, menyebut nombor melaksanakan perintah Klik.
Untuk melihat semua perintah bertindih yang tersedia, sebut “Tunjukkan perintah” untuk memaparkan tetingkap Perintah.
Jika anda tidak berinteraksi dengan item, sebut “Sembunyikan grid” untuk menjadikan grid tidak kelihatan, atau sebutkan perintah lain.