Benarkan app menggunakan folder Dokumen anda
Sesetengah app dan tapak web boleh menggunakan folder Dokumen anda untuk menyediakan perkhidmatan dan ciri kepada anda. Sebagai contoh, app mungkin menggunakan folder Dokumen anda untuk mengakses fail tertentu dalam folder. Lihat Kawal akses ke fail dan folder.
Untuk membenarkan app atau tapak web menggunakan maklumat daripada folder Dokumen anda, klik Benarkan dalam dialog. Jika anda tidak mahu membenarkan penggunaan folder Dokumen anda, klik Jangan Benarkan.
Jika anda membenarkan app atau tapak web pihak ketiga untuk menggunakan folder Dokumen anda, sebarang maklumat yang dikumpulkan oleh mereka akan dikawal oleh syarat dan dasar privasi mereka. Anda disyorkan untuk mengetahui tentang amalan privasi pihak tersebut.
Anda boleh menyemak dan menukar app serta tapak web yang boleh menggunakan folder Dokumen anda dalam seting Privasi & Keselamatan.
Pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Privasi & Keselamatan dalam bar sisi, kemudian klik Fail dan Folder di sebelah kanan. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)