Selaraskan rancangan TV antara Mac anda dan iPhone, iPad atau iPod touch
Anda boleh menyelaraskan semua atau pilihan rancangan TV anda pada Mac anda pada peranti anda.
Lihat Pengenalan kepada menyelaraskan Mac anda dan peranti anda.
Selaraskan rancangan TV ke peranti anda
Sambungkan peranti anda kepada Mac anda.
Anda boleh menyambungkan peranti anda menggunakan kabel USB atau USB-C atau menggunakan sambungan Wi-Fi. Lihat Selaraskan kandungan antara Mac anda dan iPhone, iPad atau iPod touch melalui Wi-Fi.
Dalam Finder pada Mac anda, pilih peranti dalam bar sisi Finder.
Jika anda menyambungkan peranti anda ke Mac anda menggunakan kabel USB dan tidak melihat peranti dalam bar sisi Finder, lihat Jika peranti anda tidak muncul dalam bar sisi.
Klik Rancangan TV dalam bar butang.
Pilih kotak semak “Selaraskan rancangan TV ke [nama peranti]” untuk mengaktifkan penyelarasan rancangan TV anda.
Dengan kotak semak dipilih, penyelarasan disetkan untuk memindahkan semua rancangan TV anda ke peranti anda.
Untuk menyelaraskan pilihan Rancangan TV, pilih kotak semak “Sertakan secara automatik”; pilih jumlah rancangan TV terbaru, terbaru belum ditonton, atau bilangan paling lama belum ditonton daripada menu; kemudian pilih untuk menyertakan semua rancangan atau rancangan dipilih daripada menu episod.
Pilih kotak semak untuk rancangan TV individu yang anda mahu selaraskan dalam senarai Rancangan TV. Nyahpilih kotak semak untuk sebarang rancangan TV yang anda tidak mahu selaraskan.
Klik Rancangan TV atau Senarai Main untuk melihat kandungan anda disusun mengikut kategori tersebut.
Apabila anda bersedia untuk menyelaraskan, klik Guna.
Anda boleh memilih untuk menyelaraskan Mac anda dan peranti anda secara automatik pada bila-bila masa anda menyambungkannya. Lihat Aktifkan atau nyahaktifkan penyelarasan automatik pada Mac.
Sebelum memutuskan sambungan peranti anda daripada Mac anda, klik butang Keluarkan dalam bar sisi Finder.
Keluarkan rancangan TV yang diselaraskan secara automatik daripada peranti anda
Untuk mengeluarkan rancangan TV tidak diingini daripada kedua-dua Mac dan peranti anda, padamkan rancangan TV daripada Mac anda dan selaraskan peranti anda.
Untuk mengeluarkan rancangan TV hanya daripada peranti anda sementara menyimpannya pada Mac anda, ikuti langkah ini:
Sambungkan peranti anda kepada Mac anda.
Anda boleh menyambungkan peranti anda menggunakan kabel USB atau USB-C atau menggunakan sambungan Wi-Fi. Lihat Selaraskan kandungan antara Mac anda dan iPhone, iPad atau iPod touch melalui Wi-Fi.
Dalam Finder pada Mac anda, pilih peranti anda dalam bar sisi, kemudian klik Rancangan TV dalam bar butang.
Dalam senarai Rancangan TV, nyahpilih kotak semak Rancangan TV yang anda mahu keluarkan.
Selaraskan Mac anda dengan peranti.
AMARAN: Jika anda memadamkan item yang diselaraskan secara automatik daripada Mac anda, item yang dipadamkan dikeluarkan daripada peranti anda pada kali seterusnya anda selaraskan.
Sebelum memutuskan sambungan peranti anda daripada Mac anda, klik butang Keluarkan dalam bar sisi Finder.