![](https://help.apple.com/assets/63BCA927AAE78C58DD7FBE35/63BCA92EAAE78C58DD7FBE76/ms_MY/c72dc08d7ff473cbcb05cfb79b442e59.png)
Jadikan penuding lebih mudah dilihat pada Mac
Jika anda menghadapi masalah melihat atau mengikuti penuding, anda boleh menukar saiz dan warnanya supaya lebih mudah untuk dicari pada skrin.
![Seting Paparan Kebolehcapaian menunjukkan penuding yang besar dengan warna garis kasar tersuai.](https://help.apple.com/assets/63BCA927AAE78C58DD7FBE35/63BCA92EAAE78C58DD7FBE76/ms_MY/e13d9ff70c71e6236ce63eeeb46a5cf6.png)
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Seting Sistem, klik Kebolehcapaiandalam bar sisi, kemudian klik Paparan di sebelah kanan. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Pergi ke Penuding, kemudian setkan mana-mana daripada pilihan ini:
Goncangkan penuding tetikus untuk mencari: Aktifkan pilihan ini untuk menjadikan penuding lebih besar semasa anda menggerakkan jari anda dengan cepat di atas trackpad atau menggerakkan tetikus dengan cepat.
Saiz penuding: Seret gelangsar sehingga saiz penuding betul untuk anda.
Warna garis kasar penuding: Klik perigi warna untuk memilih warna bagi garis kasar penuding.
Warna isian penuding: Klik perigi warna untuk memilih warna bagi bahagian dalam penuding.
Reset Warna: Gunakan warna rangka (putih) dan warna isian (hitam) penuding lalai.