Jika Perencanaan pada Mac tidak berfungsi seperti yang dijangka
Jika Mac anda menghadapi masalah mengecam teks perencanaan atau perintah sebutan anda, sesuatu mungkin tidak disediakan dengan betul. Berikut adalah beberapa penyelesaian untuk dicuba:
Pastikan Perencanaan diaktifkan dalam seting Papan Kekunci. Lihat Aktifkan Perencanaan.
Pilih bahasa dan dialek yang betul.
Pastikan anda menggunakan Pintasan papan kekunci perencanaan yang betul. Lihat Setkan pintasan papan kekunci Perencanaan.
Jika Mac anda tidak mempunyai mikrofon dalaman, pastikan mikrofon luaran disambungkan ke Mac anda dan dipilih dalam seting Bunyi atau Papan Kekunci.
Jika anda menggunakan mikrofon luaran, pastikan kelantangan input mencukupi. Jika Mac anda tidak bertindak balas kepada suara anda, pilih mikrofon dalam seting Bunyi dan tingkatkan kelantangan inputnya (pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Bunyi dalam bar sisi—anda mungkin perlu skrol ke bawah—kemudian klik Input).
Pastikan mikrofon tidak dihalang oleh objek, seperti pakaian atau tubuh anda semasa anda bercakap. Semak panduan pengguna yang disertakan dengan Mac anda untuk mencari mikrofon terbina dalam. Lihat Dapatkan panduan Penting untuk Mac anda.
Posisikan diri anda seperti biasa apabila anda menggunakan Mac anda, kemudian bercakap dengan jelas pada kelantangan yang tidak terlalu perlahan atau terlalu kuat.
Elakkan bunyi bising latar belakang. Jika anda menggunakan Perencanaan dalam persekitaran yang bising atau bilik yang bergema, penggunaan mikrofon headset mungkin boleh membantu.
Pada Mac dengan Apple silicon, permintaan Perencanaan diproses pada peranti anda untuk bahasa disokong—tiada sambungan internet diperlukan. Apabila anda merencana dalam kotak carian, teks yang direncanakan mungkin dihantar kepada penyedia carian untuk memproses carian. Tambahan lagi, anda boleh merencanakan teks dengan sebarang kepanjangan tanpa tamat masa. Anda boleh menyahaktifkan Perencanaan secara manual, atau ia berhenti secara automatik apabila tiada pertuturan dikesan selama 30 saat.
Apabila anda merencana pada Mac berdasarkan Intel atau dalam bahasa yang tidak menyokong perencanaan pada peranti, ujaran direncanakan anda dihantar kepada Apple untuk memproses permintaan anda. Pastikan sistem anda mempunyai sambungan internet yang sah—pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Rangkaian . (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)