Tukar keutamaan Wallet & Apple Pay pada Mac
Jika Mac anda mempunyai Touch ID, gunakan keutamaan Wallet & Apple Pay untuk menambah kad kredit, kad debit, kad prabayar, kad kedai dan Apple Card untuk membuat pembayaran di tapak web yang menyokong Apple Pay.
Untuk membuka anak tetingkap ini pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Wallet & Apple Pay.
Buka keutamaan Wallet & Apple Pay untuk saya
Pilihan | Perihalan |
---|---|
Kad Lalai | Kad kredit, debit, prabayar, atau kad kedai yang digunakan oleh Apple Pay secara lalai. Anda boleh memilih kad berlainan apabila anda membuat pembelian. Anda juga boleh menggunakan Apple Card sebagai kad lalai anda. Untuk mendapatkan maklumat tentang bermula dengan Apple Card, lihat tapak web Apple Card. |
Hubungan dan Penghantaran | Pilih alamat penghantaran lalai, alamat e-mel dan nombor telefon untuk digunakan dengan Apple Pay. Atau anda boleh masukkan butiran baharu hubungan dan penghantaran. |
Tambah | Tambah kad baharu. Anda boleh menambah kad menggunakan kamera komputer anda atau dengan menaip maklumat kad. Klik butang Tambah , kemudian ikuti arahan pada skrin. |
Keluarkan | Pilih kad, kemudian klik butang Keluarkan untuk mengeluarkannya. |
Transaksi | Pilih kad, klik Transaksi, kemudian tandakan kotak semak bersebelahan “Tunjukkan pemberitahuan transaksi daripada” untuk memaparkan butiran transaksi terbaru berkaitan dengan kad dipilih. Senarai ini mungkin termasuk hanya transaksik dibuat pada Mac ini atau semua transaksi terbaru, bergantung kepada kad. (Transaksi tidak tersedia untuk semua kad.) |
Alamat Pengebilan | Pilih kad, kemudian pilih alamat pengebilan sedia ada, atau masukkan alamat pengebilan baharu untuk kad tersebut. |
Nombor Akaun Peranti | Nombor yang unik untuk Mac anda dan kad dipilih. Nombor ini dijana oleh bank atau penyedia perkhidmatan yang dibenarkan oleh bank anda apabila anda menambah kad ke Wallet & Apple Pay. Nombor ini, bukannya nombor kad sebenar digunakan supaya lebih selamat. |
Apple Pay & Privasi | Lihat Polisi Privasi Apple Pay. |